Date : 6 July 2007
Media : Berita Harian

EXIM Bank sedia RM35j bagi pengusaha restoran

Peminjam boleh pinjam sehingga RM5j tubuh perniagaan di luar Negara

Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) mensasar meluluskan pinjaman bernilai RM35 juta daripada RM180juta yang disediakan menerusi Program Kemudahan Pembiayaan MalaysiaKitchen kepada pengusaha yang mahu membuka atau mengembangkan rangkaian restotan di luar negara, tahun ini.

Peruntukan bagi program ini adalah dana khas yang disediakan kerajaan bagi mempromosikan dan mengembangkan jualan pelbagai citarasa makanan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Kamal Mohd Ali berkata setakat ini pihaknya menerima 15 permohonan pinjaman bernilai 70juta memerusi laman web dan cawangan bank.

Katanya, bank mensasarkan pembiayaan pinjaman sehingga RM5juta bagi setiap permohanan unutk menjalankan perniagaan restoran di luar Negara melalui konsep MalaysiaKitchen.

“Kebanyakkan permohonan diterima bagi membuka perniagaan adalah di Dubai, China, Vietnam dan Amerika Syarikat. Setakat ini lima pinjaman kira-kira RM20juta telah diluluskan,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian kemudahan pembiayaan MalaysiaKitchen antara kerajaan Malaysia dan EXIM Bank di Kuala Lumpur, semalam.

EXIM Bank diwakili pengerusinya Tan Sri Othman Mohd Rijal manakala Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Kewangan Datuk Ahmad Hashim mewakili Kerajaan, sambil disaksikan oleh Datuk Dr Ng Yen Yen.

Kamal berkata, pembiayaan itu ditawarkan kepada pemohon yang mempunyai sekurang-kurangnya setahun pengalaman bekerja di restoran di luar negara atau tiga tahun di Malaysia.

Katanya, pinjaman adalah sehingga 90 peratus daripada kos projek dengan kadar faedah khas minimum tiga peratus setahun manakala tempoh bayaran balik pinjaman sehimgga lima tahun.

Beliau berkata, kemudahan itu untuk membantu usahawan tempatan mendapatkan pembiayaan bagi membuka atau memperluaskan rangkaian restoran Malaysia sedia ada di luar Negara.

‘’Ia akan membantu mempromosikan makanan Malaysia, hasil pertanian, produk tani, kraf tangan dan pada masa sama membangunkan restoran francais Malaysia pada perigkat antarabangsa,” katanya.

Sebelum ini kerajaan mensasarkan sekurang-kurangnya 8,000 restoran berkonsepkan Malaysiakitchen diseluruh dunia pada 2015.

Sejak konsep itu dilancarkan tahun lalu, 400 restoran diwujudkan di beberapa Negara setakat ini.

Sementara itu, Kamal berkata, EXIM Bank mensasarkan peningkatan 11 peratus bagi penyaluran pinjaman tahun ini daripada 3 billion yang diagihkan sepanjang 2006.

 

Back to News

   
  All Words
Any Words
Phrase
 
     
  Copyright © 2006 Export-Import Bank of Malaysia Berhad. All Rights Reserved. FLASH INTRO |  DISCLAIMER