Date : 12 December 2006
Media : Utusan Malaysia

EXIM Bank sasar RM700 juta bagi EOGF

KUALA LUMPUR 11 Dis. – Export-Import Bank of Malaysia (EXIM Bank) menyasarkan untuk meluluskan pembiayaan lebih 70 peratus daripada Kemudahan Jaminan Luar Negara EXIM (EOGF) yang berjumlah RM1 bilion, pada tahun depan. Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank, Kamal Ali berkata, daripada jumlah itu dianggarkan kira-kira RM500 juta akan diagihkan-agihkan menjelang akhir 2007. Katanya, dana itu akan bertindak sebagai dana jaminan bagi memudahkan syarikat- syarikat yang layak mendapatkan pembiayaan daripada empat bank yang menyertai jaminan disediakan oleh EXIM Bank.

Empat bank itu ialah Malayan Banking Bhd. (Maybank), CIMB Bank Bhd., RHB Bank Bhd. dan Affin Bank Bhd.

“Kami yakin unjuran ini mampu dicapai memandangkan empat bank yang dilantik telah pun mengadakan rundingan dengan beberapa syarikat yang berhasrat untuk meluaskan operasi mereka ke luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis menandatangani EOGF antara keempat-empat bank tersebut di sini hari ini.

Menurutnya, di bawah produk itu EXIM Bank dan IDB menyediakan dana sebanyak RM360 juta untuk para pengimport dalam negara-negara pertubuhan Islam bagi membiayai kewangan eksport daripada Malaysia.

Majlis itu disaksikan oleh Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Muhammad Ibrahim.

Pada majlis itu, Maybank diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amirsham A. Aziz; CIMB Bank oleh Timbalan Presiden Eksekutif, Tan Leng Hock; RHB Bank oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Michael Barret dan Affin Bank oleh Pengarah Bahagian Perbankan Perusahaannya, Zulkiflee Abbas.

EOGF adalah dana khas yang dikeluarkan oleh BNM bagi menyokong usaha kerajaan memudahkan pembiayaan kepada pengusaha perusahaan serta industri kecil dan sederhana untuk mengembangkan perniagaan serta mendapat dan melaksanakan kontrak di luar negara.

Kemudahan tersebut turut ditawarkan kepada syarikat yang dikuasai oleh rakyat tempatan yang terlibat dalam perkhidmatan profesional seperti teknologi maklumat, perunding projek dan kejuruteraan.

Kamal memberitahu, empat bank yang dilantik bagi memberi kemudahan itu berupaya menyediakan pinjaman sehingga 90 peratus daripada nilai kontrak dalam mata wang dolar Amerika Syarikat, pound sterling, euro dan yen bagi tempoh sehingga 10 tahun.

“Bagi perusahaan dan industri kecil sederhana, jumlah pembiayaan yang boleh diluluskan adalah sehingga RM100 juta namun tertakluk kepada jenis perniagaan yang dibuat,” ujarnya.

Setiap peminjam pula dikenakan pembayaran kos sebanyak 2.5 peratus daripada jumlah pembiayaan.

Back to News

   
  All Words
Any Words
Phrase
 
     
  Copyright © 2006 Export-Import Bank of Malaysia Berhad. All Rights Reserved. FLASH INTRO |  DISCLAIMER