| Date |
: 21 June 2006 |
| Media |
: Berita Harian |
EXIM Bank,
Nexi taja jamin eksport RM90 juta
The Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM
Bank) dan Nippon Export & Investment
Insurance (Nexi) dari Jepun, menjangka
menaja jamin eksport bernilai kira-kira RM90
juta oleh syarikat Jepun yang beroperasi di
Malaysia.
Ketika ini, ada 1,307 syarikat Jepun yang
beroperasi di negara ini dengan 56 terbabit
dalam sektor pembuatan.
Nexi adalah agensi kredit eksport
terkemuka Jepun yang bertanggungjawab
membantu kerajaan negara itu dalam
mempermudahkan urusan eksport dan pelaburan
syarikat matahari terbit itu. Kira-kira 90 peratus risiko ditanggung Nexi
diberi perlindugan insurans semula oleh
kerajaan Jepun. EXIM Bank menerusi
kenyataannya di Kuala Lumpur semalam berkata,
kedua-dua syarikat sudah memeterai
Perjanjian Insurans Semula Timbal Balas
(reciprocal).
Pada majlis itu, EXIM Bank
diwakili Ketua Eksekutif dan Pengarah
Urusannya, Kamal Mohd Ali; manakala Nexi
oleh Naib Pengerusinya, Yukio Kitazume.
Menerusi perjanjian itu, EXIM Bank akan
mempromosikan produknya kepada syarikat
Jepun yang beroperasi di negara ini,
manakala Nexi mempromosikan produknya kepada
syarikat Malaysia yang beroperasi di Jepun.
Mengikut kenyataan itu, EXIM Bank atau
Nexi akan menginsurans semula sehingga 95
peratus daripada nilai eksport berbanding
bukan pembayaran oleh pembeli disebabkan
risiko komersial dan politik.
Back to News |