| Date |
: 25 October 2007 |
| Media |
: Berita Harian |
Majlis Tandatangan Perjanjian Kemudahan Jaminan Pembiayaan Luar Negara (EOGF) dan Kemudahan Bersindiket diantara Affin Investment Bank Bhd, M-10 Builders Sdn Bhd, AFFINBANK Bhd dan EXIM Bank Malaysia Bhd
Affin Investment Bank Bhd memeterai perjanjian dengan M-10 Builders Sdn Bhd bagi menyediakan Kemudahan Jaminan Pembiayaan Luar Negara (EOGF) dan Kemudahan Bersindiket berjumlah kira-kira RM72 juta untuk membiayai kontrak pembinaan Dubai Metro.
Kemudahan pembiayaan itu merangkumi dua mata wang iaitu masing-masing RM47 juta dan AED24.6 juta. MIOB telah memperoleh kontrak bagi kerja sivil dan fabrikasi besi bernilai AED122.8 juta untuk projek terbabit.
Kontraktor utama bagi kerja struktur sivil yang bernilai AS3.5 billion itu adalah JT Metro JV.
Pengarah Urusan Affin Investment Bank, Maimoonah Hussain, berkata pembiayaan kontrak itu adalah menerusi Affin Bank Bhd dan Eksport Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank).
Katanya, pembabitan EXIM Bank dalam kemudahan itu adalah menerusi Surat Persediaan Kredit dan juga melalui program EOGF.
Beliau berkata EOGF diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan dikendalikan EXIM Bank untuk membantu kontraktor di negara ini mendapatkan projek atau kontrak di luar Negara.
“Affin Bank adalah satu daripada empat institusi kewangan di bawah program EOGF,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur semalam.
Pada majlis itu, MIOB diwakili Pengarah Urusannya, Mohd Mydin Mohd Noordin manakala Affin Investment Bank oleh Pengarah Bahagian Perbankan Enterprisnya, Zulkiflee Abbas Abdul Hamid serta Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank, Datuk Kamal Mohd Ali.
Back to News
|