ENGLISH     BAHASA MALAYSIA
  Download Customer Feedback Form
Home > News Update
 
Date : 08 April 2009
Media : Utusan Malaysia 1 (Bisnes)

EXIM BANK DIJANGKA KEMBALI UNTUNG

KUALA LUMPUR 8 April - Exim Bank Malaysia Bhd. dijangka kembali untung bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 setelah mengalami kerugian sebelum cukai sebanyak RM64.2 juta pada tahun sebelumnya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Fauzi Rahmat bagaimanapun tidak mendedahkan perangkaan kewangan kerana pihaknya masih menunggu kelulusan daripada Bank Negara Malaysia.

"Kami yakin dapat mencatat keuntungan semula bagi tahun kewangan ini walaupun dalam kelembapan ekonomi," kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Fauzi Rahmat.

Beliau berkata demikian selepas memeterai perjanjian dengan Asian Finance Bank Bhd. (AFB) untuk membiayai pembelian Bangunan Darul Takaful bernilai RM55 juta.

Menurut Mohd. Fauzi, kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) juga lebih tinggi iaitu sebanyak 24 peratus pada tahun 2007.

Beliau menambah, kadar NPL bagi tahun lalu kekal tinggi tetapi beliau enggan memberitahu kadar tersebut.

Mohd Fauzi berkata, pihaknya telah meluluskan pinjaman bernilai RM850 juta tahun lalu yang mana 40 peratus hingga 50 peratus daripada jumlah pinjaman itu akan digunakan.

Katanya, bagi suku pertama tahun ini, pinjaman sebanyak RM300 juta telah diluluskan dan dijangka mencecah RM1 bilion tahun ini.

"Kebanyakan projek adalah untuk pembiayaan jangka masa sederhana, oleh itu kami menjangka penggunaan yang beransur-ansur.

"Kami telah mencari peluang bukan sahaja di rantau ini malah di seluruh negara untuk projek berpotensi bernilai RM5 bilion," ujarnya.

Beliau menjelaskan, pihaknya menjangka mampu meningkatkan sebanyak RM500 juta daripada pembiayaan Islam untuk projek- projek itu.

Sementara itu, ditanya jumlah pinjaman sehingga kini, beliau berkata, ia berjumlah RM5 bilion.

"Kami masih mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengagihkan wang itu tetapi mandat untuk menyokong syarikat-syarikat Malaysia terutamanya yang terlibat dalam pembinaan, perkilangan dan eksport langsung," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan pengeksport sentiasa menerokai pasaran baru berikutan jumlah pembiayaan perdagangan telah menyusut dan dijangka menurun lagi sehingga 20 peratus tahun ini.

''Namun, aktiviti perdagangan tidak akan berhenti kerana perdagangan global masih bernilai RM30 trilion tahun ini," katanya.

Beliau memberitahu, pada tahun lalu, pembiayaan perdagangan Exim Bank bernilai RM1 bilion.

Menurutnya, Exim Bank akan memperkenalkan dua lagi produk kewangan Islam tahun ini.

"Kami juga sedang berunding untuk projek pembiayaan berkaitan pembinaan di Timur Tengah yang bernilai beberapa juta ringgit tetapi saya tidak boleh memberi maklumat lanjut kerana ia melibatkan pihak dari luar negara," jelasnya.

 
Back to news
 
Exim Bank Seminar Aims To Boost Trade Finance In OIC Markets
Exim Bank Continues Its Role In Difficult Economy
Exim Bank Enhanced Its Overseas Guarantee Facility
Exim Bank Sees Drop In Trade Financing
 
 
 
 
     
Copyright 2009 © Export-Import Bank of Malaysia Berhad.All Rights Reserved. Best viewed at 1024 x 768 resolution with IE 6.x | Legal Disclaimer | Sitemap