Dasar Anti-Rasuah & Sogokan
EXIM Bank mengambil pendekatan toleransi sifar terhadap rasuah serta budaya menyogok dan komited untuk bertindak secara profesional, adil dan berintegriti dalam semua urusan perniagaan dan hubungannya. EXIM Bank menetapkan untuk:
- Kekal terikat dan mendukung semua undang-undang yang berkaitan pembanterasan rasuah dan sogokan termasuk Malaysia Anti-Corruption Commission Act 2009 dan Malaysia Anti-Corruption Commission Act (Amendment) 2018;
- Komited untuk memerangi dan mencegah rasuah dan sogokan serta melaksanakan Anti-Bribery Management System (ABMS–ISO 37001:2016);
- Melakukan penilaian risiko rasuah dan sogokan secara berkala di seluruh perniagaannya untuk memahami risiko yang dihadapi dan memastikan ia mempunyai prosedur yang mencukupi untuk menangani risiko tersebut.
Pihak Bank akan menangani sebarang laporan yang disyaki rasuah atau sogokan dengan serius. Sekiranya laporan tersebut didapati benar, tindakan tatatertib akan dibuat terhadap individu yang terlibat, termasuk penamatan pekerjaan atau kontrak, dan melaporkan individu tersebut kepada agensi kawal selia dan penguatkuasaan yang berkaitan.
Para pengarah dan kakitangan EXIM Bank dilarang menerima/memberi hadiah secara langsung atau tidak langsung daripada/kepada pelanggan dan mana-mana pihak luar yang lain untuk faedah peribadi kakitangan/orang lain yang berkaitan dengan ahli lembaga pengarah atau kakitangan EXIM Bank.
Para pengarah dan kakitangan EXIM Bank dibenarkan untuk menerima hiburan (hanya untuk makanan sahaja) daripada pelanggan atau mana-mana pihak luar lain atas kapasiti mereka sebagai wakil pihak Bank dalam mengendalikan perniagaan atau menjalin atau mengekalkan hubungan baik untuk manfaat pihak Bank.
Bagi mengelakkan pelanggaran undang-undang serta menekankan komitmen pihak Bank terhadap tingkah laku beretika di seluruh dunia, ahli lembaga pengarah dan kakitangan dilarang sama sekali untuk menerima hadiah, hiburan atau layanan korporat yang boleh mempengaruhi keputusan perniagaan atau dengan pemahaman bahawa, sebagai balasan untuk beberapa hasil yang diingini, mungkin dijangka akan berlaku.
Sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, pihak EXIM Bank komited untuk memupuk hubungan yang kukuh dengan komuniti tempatan dengan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat, komuniti, tempat pasaran, alam sekitar dan seluruh negara. Walau bagaimanapun, adalah penting bahawa semua derma, penajaan dan CSR dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai dan dijalankan dengan betul dengan menegakkan prinsip integriti dan ketelusan.
Para pengarah dan kakitangan tidak boleh menggunakan dana dan sumber dari Bank untuk membuat atau menawarkan sumbangan politik berbentuk wang atau barangan kepada mana-mana kempen politik, parti politik, calon politik atau mana-mana organisasi pengarah dan kakitangan yang bergabung melainkan dibenarkan sebaliknya oleh ahli lembaga pengarah Bank.
Pelaksanaan pakatan integriti dalam proses penenderan dari Bank adalah untuk meningkatkan ketelusan dalam pemerolehan dan secara tidak langsung membasmi amalan rasuah. Pakatan integrity ini terdiri daripada satu proses pengisytiharan oleh kakitangan Bank, jawatankuasa perolehan serta pembekal EXIM Bank yang terlibat dalam proses penenderan.
Pengisytiharan itu memperuntukkan bahawa semua individu dan organisasi yang terlibat dalam proses penenderan adalah dilarang untuk terlibat dalam sebarang transaksi yang berkaitan dengan rasuah dan sogokan. Ia juga menggariskan langkah dan akibat yang akan diambil sekiranya pakatan integriti dilanggar.
EXIM Bank menggalakkan keterbukaan dan ketelusan dalam komitmennya terhadap tahap integriti dan kebertanggungjawaban yang tertinggi.
Walaupun pembekal adalah entiti bebas daripada EXIM Bank, amalan perniagaan dan tindakan pembekal, apabila menjalankan perniagaan dengan atau bagi pihak Syarikat, mungkin mempengaruhi dan mencerminkan pihak Bank dengan ketara. Pihak Bank telah menetapkan tingkah laku yang seragam untuk perhubungan perniagaannya yang mencerminkan nilai bersama iaitu cekap, cemerlang, inovatif dan bersefahaman. Pihak EXIM Bank berharap para pembekalnya untuk sama-sama menerima komitmen kami terhadap pematuhan peraturan.
Polisi Pemberi Maklumat
Lihat Selanjutnya
Kod Tata Kelakuan Pembekal (VCOC)
Lihat Selanjutnya
EXIM Bank berikrar untuk melindungi pelanggan melalui layanan yang adil dan jujur pada setiap perhubungan.
Ikrar kami adalah seperti berikut:
- Maklum Balas Segera
- Rakan Kongsi Perniagaan
- Kerahsiaan
- Produk dan Perkhidmatan yang Dipercayai dan Berkualiti
Kami komited untuk memberikan maklum balas segera kepada sebarang pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan perbankan dan takaful/insurans kredit kami. Kami mengalu-alukan sebarang maklum balas demi menjamin perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada anda.
Setiap pelanggan kami adalah rakan kongsi perniagaan dengan berkongsi visi dan menyokong apa jua perancangan mereka. Kami menyediakan peluang sama rata untuk setiap pelanggan yang layak dan menawarkan perkhidmatan nasihat kewangan dan pembangunan usaha niaga dalam memudahkan usaha perniagaan warga Malaysia merentasi sempadan.
Kami menghormati privasi dan keselamatan maklumat pelanggan kami. Kami mengekalkan piawaian keselamatan terkini untuk memastikan kerahsiaan akaun dan maklumat pelanggan yang menyeluruh adalah terjamin.
Kami komited ke arah menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan yang dipercayai dan berkualiti kepada para pelanggan. Oleh itu. kakitangan kami yang cekap dan berpengalaman akan memastikan struktur perniagaan kami mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pengawal selia kami bagi memenuhi keperluan kewangan anda.
Kami komited dalam menguruskan pengendalian pemprosesan dan berikut adalah tempoh masa yang ditetapkan dari tarikh penerimaan permohonan:
Kemudahan Pembiayaan | |
Pembiayaan Projek/Kontrak | 30 – 60 hari |
Pembiayaan Perdagangan | 21 – 45 hari |
Insurans Kredit Jangka Sederhana-Panjang | 30 – 60 hari |
Insurans Kredit Jangka Pendek | 5 – 21 hari |
Nota: Hari merujuk kepada hari bekerja.