Pembiayaan Rentas Sempadan
Pembiayaan Rentas Sempadan

Kami menyediakan penyelesaian pembiayaan patuh Syariah dan konvensional untuk memenuhi keperluan perniagaan rentas sempadan anda.

 

PEMBIAYAAN PROJEK/PELABURAN LUAR NEGARA

Kemudahan ini menyediakan bantuan kewangan kepada pelabur/kontraktor Malaysia yang menjalankan projek di luar negara seperti infrastruktur, perkilangan dan projek pembangunan lain.

PEMBIAYAAN KONTRAK

Kemudahan ini menyediakan bantuan kewangan kepada kontraktor Malaysia untuk mengusahakan kontrak di luar negara dan kontrak tempatan seperti infrastruktur, pembuatan dan projek-projek pembangunan yang lain.

PEMBIAYAAN PEMBELI

Kemudahan pembiayaan yang diberi kepada kerajaan asing/pembeli asing untuk membeli barangan dan perkhidmatan Malaysia. Ini termasuk barang buatan Malaysia atau perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia atau di luar negara untuk pembeli luar negara.

KEMUDAHAN PEMBIAYAAN DAPURMALAYSIA

Kemudahan pembiayaan patuh Syariah yang membantu warga Malaysia menceburi bidang perniagaan restoran di luar negara. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan eksport Masakan Malaysia dan untuk membangunkan francais restoran antarabangsa Malaysia di luar negara.

PEMBIAYAAN EKSPORT PERKHIDMATAN

Kemudahan pembiayaan yang disediakan untuk syarikat yang dimiliki dan dikuasai oleh warga Malaysia, yang terlibat dalam peruntukan perkhidmatan untuk pasaran global, seperti Perkhidmatan Teknologi Maklumat, Seni Bina Kejuruteraan dan perkhidmatan profesional yang lain.

PEMBIAYAAN BERTEMPOH

Kemudahan pembiayaan yang disediakan untuk membiayai modal kerja, overhed atau urus niaga berasaskan bukan aset dalam menyokong eksport, projek atau keperluan kontrak dan aktiviti. Kemudahan ini juga berfungsi sebagai alat untuk membiayai semula aset.

PEMBIAYAAN IMPORT

Kemudahan pembiayaan yang membiayai “strategik import" yang terdiri daripada keperluan modal kerja, bahan mentah dan barang yang berkaitan untuk pembangunan, menambah baik peluasan kemudahan infrastruktur atau perbelanjaan lain yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan pelanggan yang akhirnya akan mengurangkan kebergantungan terhadap import dan juga untuk projek inisiatif kerajaan.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, anda boleh rujuk lembaran pendedahan produk ; untuk maklumat tentang fi dan caj, sila rujuk fi dan caj atau anda boleh hubungi kami disini.