Pembiayaan Rentas Sempadan
Import

Kami menawarkan produk dan perkhidmatan pembiayaan perdagangan patuh Syariah dan konvensional yang komprehensif untuk memudahkan dan mengembangkan perniagaan rentas sempadan anda dibantu dengan rangkaian rakan kongsi kami di serata dunia.

 

Perkhidmatan Perdagangan
 

SURAT KREDIT

Komitmen dari kami bagi pihak anda (pengimport/pembeli) bahawa bayaran akan dibuat kepada pengeksport/penjual sekiranya terma dan syarat surat kredit telah dipenuhi.

BIL PUNGUTAN MASUK

Pengendalian dokumen masuk yang diterima dari Bank Pengirim Wang atau penjual untuk penyampaian kepada pembeli/pengimport, sama ada untuk pembayaran Nampak atau penerimaan usans Bil Pertukaran untuk pembayaran pada tarikh yang akan datang.

PENGESAHAN DOKUMEN PENGANGKUTAN

Perkhidmatan pengesahan yang disediakan oleh kami kepada pembeli/pengimport untuk memudahkan tuntutan barangan dari lapangan terbang atau pelabuhan buangan terhadap dokumen pengangkutan.

JAMINAN PERKAPALAN

Aku janji yang diberikan kepada syarikat perkapalan atau agennya untuk membenarkan syarikat perkapalan melepaskan barangan kepada pelanggan tanpa menyampaikan Bil Muatan yang sebenar.

 

Pembiayaan Perdagangan
 

RESIT AMANAH

Kemudahan pembiayaan jangka pendek yang ditawarkan kepada pelanggan untuk memudahkan pembiayaan pembelian atau pengimportan barangan.

PEMBIAYAAN PEMBEKAL

Pembiayaan Pembekal (PP) merupakan kemudahan yang menyediakan modal kerja untuk pengeksport Malaysia yang mengeksport barangan mereka kepada pembeli luar negara.

Kemudahan ini menawarkan pembiayaan pra-penghantaran dan pasca-penghantaran. Pra-penghantaran membiayai modal kerja untuk mengeluaran barangan manakala Pasca-penghantaran membiayai bil eksport selepas penghantaran telah dibuat.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk, anda boleh rujuk lembaran pendedahan produk ; untuk maklumat tentang fi dan caj, sila rujuk fi dan caj atau anda boleh hubungi kami disini.