Wakalah ialah kontrak agensi apabila satu pihak memberi autoriti satu pihak lain bertindak sebagai ejennya untuk melaksanakan tugas tertentu. Dalam konteks semasa kewangan Islam, kebiasaannya pelanggan akan melantik institusi kewangan sebagai ejen untuk menjalankan urus niaga mu'amalah tertentu dan sebagai balasan, institusi kewangan akan menerima bayaran bagi perkhidmatan tersebut. Selain itu, bank juga boleh melantik pelanggan untuk menjalankan urus niaga bagi pihak bank.