Lembaga Pengarah
Mohammad Fadzlan bin Dato’ Abdul Samad
Mohammad Fadzlan bin Dato’ Abdul Samad
PENGARAH

Mohammad Fadzlan bin Dato’ Abdul Samad memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Biokimia & Biologi daripada Universiti Malaya.

Ismail Mahbob
Ismail Mahbob
PENGARAH

Ismail bin Mahbob telah dilantik sebagai Pengarah EXIM Bank pada Ogos 2012. Beliau memiliki pengalaman yang cukup luas dalam industri insurans di Malaysia dan di luar negara meliputi sektor utama pembrokeran, insurans peruncitan, insurans semula dan takaful semula. Kerjaya beliau dalam bidang insurans bermula pada tahun 1977 sebagai broker di Magnet Insurance Brokers, Kota Kinabalu.

Pada tahun 1979 beliau menyertai Progressive Insurance Sdn. Bhd. dengan menjawat pelbagai jawatan di peringkat pengurusan sehingga 1988, di mana beliau kemudiannya berpindah ke American Malaysian Insurance sebagai Penolong Pengurus Besar yang mengawasi operasi syarikat cawangan di seluruh negara. Pada tahun 1990, Ismail meninggalkan syarikat tersebut untuk menyertai Malene CSB Insurance Brokers sebagai Broker Kanan dengan mengetuai bahagian bukan tenaga selama enam tahun.

Y.M. Tunku Afwida Tunku A.Malek
Y.M. Tunku Afwida Tunku A.Malek
PENGARAH

Tunku Afwida telah dilantik sebagai Pengarah EXIM Bank pada Ogos 2014. Beliau juga merupakan Pengarah Bebas dan ahli Jawatankuasa Lembaga Pengarah di i-VCAP Management Sdn. Bhd. (anak syarikat Valuecap Sdn. Bhd.), Gamuda Berhad dan PUC Founder Berhad.

Datuk Syed Ahmad Helmy Bin Syed Ahmad
Datuk Syed Ahmad Helmy Bin Syed Ahmad
PENGARAH

Datuk Syed Ahmad Helmy Bin Syed Ahmad telah dilantik sebagai Pengarah EXIM Bank pada 24 Ogos 2015. Pada masa yang sama, beliau turut memegang jawatan sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di AEON Malaysia Berhad dan menjadi Pengerusi Lembaga Disiplin Peguam Cara & Peguam Bela yang disandangnya sejak 2013.

Hijah Arifakh Othman
Hijah Arifakh Othman
Pengarah
  • 57 years old, Malaysian
  • Joined the Board on 3 January 2018
  • Member of Board Credit Committee, Board Risk Committee and Board Audit Committee
Dato' Dzulkifli Mahmud
Dato' Dzulkifli Mahmud
Pengarah
  • 62 years old, Malaysian
  • Joined the Board on 9 March 2018
  • Member of Board Credit Committee, Board Risk Committee and Nomination and Remuneration Committee