- Maklum Balas Segera
- Rakan Kongsi Perniagaan
- Kerahsiaan
- Produk dan Perkhidmatan yang Dipercayai dan Berkualiti
Kami komited untuk memberikan maklum balas segera pada sebarang pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan perbankan dan insurans kredit kami. Kami mengalu-alukan sebarang maklum balas demi menjamin perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada anda.
Kami menganggap setiap pelanggan kami adalah rakan kongsi perniagaan dengan berkongsi visi dan menyokong rancangan pelanggan kami. Kami menyediakan peluang sama rata untuk setiap pelanggan dan menawarkan perkhidmatan nasihat kewangan dan pembangunan usaha niaga Malaysia merentasi sempadan.
Kami menghormati privasi dan sekuriti maklumat. Kami mengekalkan standard sekuriti tertinggi dan terkini bagi memastikan kerahsiaan akaun dan maklumat pelanggan yang menyeluruh adalah terjamin.
Kami komited ke arah menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan yang dipercayai dan berkualiti kepada para pelanggan. Oleh itu. kakitangan kami yang cekap dan berpengalaman akan memastikan struktur perniagaan kami mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh pengawal selia kami bagi memenuhi keperluan kewangan anda.
Kami komited dalam menguruskan pengendalian pemprosesan dan berikut adalah tempoh masa yang ditetapkan dari tarikh penerimaan permohonan:
Nota: Hari merujuk kepada hari bekerja.