The World & Beyond

 

"Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) telah ditubuhkan pada 29 Ogos 1995 sebagai Institusi Kewangan Pembangunan milik kerajaan melalui subsidiari milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan. Bank ini ditubuhkan bagi mempromosikan pelaburan berbalik dan eksport bagi sektor strategik seperti barang modal, projek infrastruktur, perkapalan, produk perkilangan dengan nilai tambah dan bagi memudahkan kemasukan syarikat Malaysia ke dalam pasaran baharu, terutamanya pasaran bukan tradisional."

Ringkasan
Ringkasan
Visi
 Menjadi Pembiaya Pilihan Utama & Penasihat Bagi Perniagaan Antarabangsa.
Ringkasan
Misi
 Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui kerjasama perdagangan dan pelaburan di seluruh dunia.
PERANAN YANG DIAMANAHKAN

Sebagai sebuah agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan, seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan, peranan EXIM Bank adalah untuk menyediakan kemudahan kredit untuk membiayai dan menyokong eksport dan import barangan, perkhidmatan dan projek luar negara dengan penekanan kepada pasaran bukan tradisional, selain menyediakan perkhidmatan insurans kredit eksport, insurans pembiayaan eksport, insurans pelaburan luar negara dan kemudahan jaminan.

PELANGGAN

Pelanggan Bank terdiri daripada syarikat besar, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), antarabangsa dan syarikat luar negara serta merangkumi semua sektor dari perdagangan, pengeluaran dan infrastruktur.

PAKATAN STRATEGIK

EXIM Bank terus menjalin kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa dan organisasi multilateral dengan menandatangani beberapa perjanjian untuk menggalakkan lagi perniagaan dan gambaran pasarannya.

Sehingga kini, EXIM Bank merupakan ahli Berne Union, agensi antarabangsa untuk Agensi Kredit Eksport; ahli Asian EXIM Banks Forum, persatuan bagi sembilan EXIM Bank di Asia; The Aman Union dan Association of Development Financing Institutions di Asia dan Pasifik.

EXIM Bank dalam usaha promosi eksportnya turut bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan Malaysia termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SMECorp), dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Ringkasan