Lembaga Pengarah Eksport Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) sentiasa mendokong amalan tadbir urus korporat yang baik sebagai salah satu keutamaan tertinggi dalam sebarang aktiviti perniagaan bank. Oleh itu, EXIM Bank akan terus berusaha dalam meningkatkan amalan tadbir urus korporat bagi memastikan bukan sahaja pemegang sahamnya, malah pihak berkepentingan lain turut terpelihara dengan sebaik mungkin pada setiap masa.

EXIM Bank akan terus memberi komitmen penuh dan berpegang teguh pada Prinsip dan Amalan Terbaik Tadbir Urus Korporat seperti yang dibentangkan dalam Guideline Corporate Governance Standards on Directorship for Development Financial Institutions (BNM/RH/GL 005-14) oleh Bank Negara Malaysia, di mana kawalan dalaman diperkukuhkan lagi bagi memastikan sekatan dan imbangan yang sesuai dapat dibentuk selaku bahagian penting dalam operasi EXIM Bank.

 

LEMBAGA PENGARAH

Lembaga Pengarah EXIM Bank terdiri dari sembilan orang ahli di mana lima daripadanya merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, tiga adalah Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas (pencalonan Menteri Kewangan (Diperbadankan) dan seorang lagi adalah Pengarah Eksekutif (Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif).

Semua ahli Lembaga Pengarah memiliki kemahiran dan pengalaman dalam bidang kepakaran masing-masing yang sekaligus menyumbang kepada proses pengambilan keputusan. Penstrukturan EXIM Bank mewujudkan pemisahan yang jelas bagi fungsi, peranan dan tanggungjawab antara Pengerusi Lembaga dan Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif. Latar belakang setiap Pengarah secara ringkas disertakan di halaman 14 hingga 18 di dalam Laporan Tahunan 2011.

Pelantikan semua ahli Lembaga Pengarah adalah mematuhi BNM/RH/GL 005-14 dan Undang-undang Tubuh Syarikat untuk Bank.

Lembaga Pengarah akan bermesyuarat setiap bulan dan turut mengadakan mesyuarat tambahan apabila terdapat isu segera dan keputusan penting yang perlu diambil. Antara agenda yang dibincangkan adalah seperti dasar dan isu-isu strategik dan kajian prestasi kewangan serta operasi kredit Bank.

Selain menghadiri Program Latihan Pengarah Korporat yang ditauliahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia bagi tahun kewangan berakhir 2011, semua pengarah yang dilantik turut menghadiri program dan seminar latihan berkaitan lain yang dianjurkan oleh pihak berkuasa kawal selia dan badan profesional bagi meningkatkan lagi kepintaran perniagaan dan profesionalisme mereka dalam menjalankan tugas mereka kepada Bank bagi memastikan keberkesanan operasi Bank.

 

JAWATANKUASA LEMBAGA PENGARAH

Dalam melaksanakan tugas mereka, Lembaga Pengarah dibantu oleh lima Jawatankuasa yang ditubuhkan dan beroperasi mengikut bidang rujukan yang telah ditetapkan. Jawatankuasa ini terdiri daripada Jawatankuasa Kredit Lembaga (sebelum ini dikenali sebagai Jawatankuasa Kredit bagi Lembaga). Jawatankuasa Audit Dalaman, Jawatankuasa Risiko Lembaga, Jawatankuasa Imbuhan dan Jawatankuasa Pencalonan.