JAMINAN BANK-i

Kemudahan Jaminan Bank-i (Bank Guarantee-i, BG-i) patuh Syariah disediakan bagi sekuriti/jaminan bagi kontrak luar negara yang dijalankan oleh kontraktor Malaysia dan juga untuk membolehkan pelabur Malaysia memperoleh dana di luar negara.

Kemudahan sekuriti/jaminan adalah untuk patuh Syariah.

 
Tujuan
Memudahkan keperluan sekuriti atau jaminan bagi projek atau kontrak luar negara.
Kontrak Syariah
Kafalah
Amaun Jaminan
Bergantung pada nilai Projek/Kontrak.
Kelayakan
  1. Berdasarkan kontrak atau pelaburan luar negara
  2. Projek/kontrak dasar mestilah bagi tujuan patuh Syariah
Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk
Tempoh
Sehingga keperluan kontrak atau keperluan pembiayaan bagi projek pelaburan.
Jaminan Fi
Maksimum sehingga 3.0% setahun daripada amaun yang dijamin. Kadar yang dikenakan adalah berdasarkan risiko projek.
Mata Wang
Ringgit Malaysia, Dolar Amerika Syarikat, Euro dan mata wang lain yang diterima.
Cagaran
Atas salah satu tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
  1. Cagaran Tunai
  2. Jaminan Korporat
  3. Jaminan Pemegang Saham dan/atau Pengarah
  4. Gadaian pertama terhadap aset tetap dan terapung pelanggan
  5. Gadaian terhadap Hartaanah
  6. Penyerahan hak kontrak/hasil pembayaran/Takaful/hak dan manfaat projek
  7. Penyerahan hak Akaun yang Ditetapkan
  8. Sandaran saham (Patuh Syariah)
  9. Akaun Pelaburan Am (GIA)
Fi dan Caj
Fi dan Caj terperinci hendaklah dirujuk ke Fi dan Caj Standard bagi Produk Pembiayaan Perdagangan Islam.

*Semua pelanggan mungkin dikehendaki untuk mengambil insurans/takaful sebagai tawaran syarat kemudahan, mengikut mana yang berkenaan.