PERTUKARAN MATA WANG ASING HADAPAN-i

Pertukaran Mata Wang Asing Hadapan-i (Forward Foreign Exchange-i, FX-i) ialah kemudahan Islam yang disediakan untuk Pelanggan EXIM Bank yang terdedah kepada risiko pertukaran asing dalam perniagaan biasa mereka. Kemudahan ini akan dikaitkan dengan kemudahan pembiayaan seperti Pembiayaan Projek/Kontrak Luar Negara-i, Pembiayaan Pembeli-i, Pembiayaan Pelaburan Luar Negara-i, Pembiayaan Import-i, Pembiayaan Pembekal-i, Pembiayaan Bertempoh-i dan Resit Amanah-i atau kemudahan lain yang berkaitan. Tujuan utama produk ini adalah untuk menyokong urus niaga Pelanggan dalam mengurangkan risiko pertukaran asing mereka.

 
Tujuan
  1. Menyediakan perlindungan nilai mata wang patuh Syariah kepada pelanggan Bank
  2. Membolehkan pelanggan mengekalkan perolehan yang stabil dan melindungi risiko daripada turun naik dalam kadar pertukaran
Kontrak Syariah
Kontrak Syariah yang diguna pakai untuk Pertukaran Mata Wang Asing Hadapan-i ialah:
  1. Wa’d
  2. Bai’ Al-Sarf
Kelayakan
Pelanggan mestilah mempunyai kemudahan pembiayaan utama dengan EXIM Bank seperti Pembiayaan Projek/Kontrak Luar Negara-i, Pembiayaan Pembekal-i dan Pembiayaan Bertempoh-i dan sebagainya. Kemudahan ini adalah untuk tujuan perniagaan dan bukan spekulasi. Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk
Had Pendedahan
Had pendedahan adalah 10.0% daripada keseluruhan pembiayaan pokok yang disatukan dengan kemudahan ini. Walau bagaimanapun, pelanggan boleh menggunakan sehingga 10 kali ganda daripada had pendedahan.
Tempoh
Setiap kontrak adalah untuk tempoh sehingga enam (6) bulan dan boleh dilanjutkan lagi selama tiga (3) bulan seterusnya.
Kadar Pertukaran Kontrak
Akan ditentukan oleh EXIM Bank pada masa penggunaannya.
Mata Wang
Dolar Amerika Syarikat, Euro dan mata wang lain yang diterima.
Pembayaran
Setelah tempoh kontrak matang selama enam bulan, pelanggan hendaklah menunaikan kontrak dengan menerima mata wang asing yang dikontrak atau sebagai alternatif Tempoh Kontrak tersebut boleh dilanjutkan maksimum sehingga tiga (3) bulan dengan syarat kadar pasaran semasa berada dalam sepuluh peratus (10%) daripada band asal Kadar Hadapan.