PEMBELIAN BIL PERTUKARAN ASING-i

Pembelian Bil Pertukaran Asing-i (FBEP-i) merupakan kemudahan yang menyediakan pembiayaan modal kerja kepada pengeksport Malaysia dalam mengeksport barang mereka kepada pembeli di luar Negara. Kemudahan ini membiayai bil eksport selepas penghantaran telah dibuat. Tujuan kemudahan ini ialah untuk mempromosikan eksport barangan Malaysia melalui bantuan kewangan untuk pengeluaran produk dan pendiskaunan bil eksport.

 
Tujuan
Kemudahan yang menyediakan pembiayaan modal kerja untuk pengeksport Malaysia dalam mengeksport produk mereka kepada pembeli luar negara. Kemudahan ini membiayai bil eksport selepas penghantaran dibuat.
Konsep Shariah
Tawarruq (Komoditi Murabahah)
Kelayakan
Pengeksport Malaysia didaftarkan dibawah Akta Syarikat 2016. Termasuk juga Syarikat yang Dikawal oleh Bukan Pemastautin. Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk
Margin Pembiayaan
Sehingga 100% daripada bil eksport
Tempoh
Sehingga 180 hari maksimum
Kadar Keuntungan
Kos Dana-i di tambah kadar sebaran keuntungan.
Nilai Matawang
Ringgit Malaysia, Dolar Amerika Syarikat,EURO atau mata wang lain yang diterima.
Pembayaran
Berdasarkan hasil eksport
Pengeluaran
Pengeluaran
  1. Pembelian Bil Pertukaran Luar Negara-i terhadap Surat Kredit
  2. Pembelian Bil Pertukaran Luar Negara-i terhadap Pungutan Berdokumen
Cagaran
Atas salah satu tetapi tidak terhad kepada yang berikut;
  1. Cagaran Tunai
  2. Saham Patuh Shariah
  3. Dana Terikat
  4. Jaminan/Debentur
  5. Penyerahan hak hasil Takaful atau Hasil Insuran (jika Takaful tidak tersedia
  6. Penyerahan hak kontrak yang berkaitan / perjanjian yang termasuklah hak dan kelebihan untuk semua projek
  7. Jaminan Korporat
  8. Jaminan Pengarah / Pemegang Saham