PEMBIAYAAN BERSAMA IDB

Kemudahan jangka pendek ini disediakan untuk pengeksport Malaysia yang mengeksport barang ke negara ahli Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank, IDB) atau Pengimport barang Malaysia dari negara ahli IDB.

 
Tujuan
Ini merupakan pengaturan antara EXIM Bank Malaysia dengan Perbadanan Pembiayaan Perdagangan Islam (ahli Bank Pembangunan Islam) di Jeddah, Arab Saudi untuk memastikan ‘urus niaga pembayaran yang terjamin’, yang memberikan manfaat kepada pengeksport barang dari Malaysia ke negara ahli IDB. Pengeksport Malaysia yang mengeksport produk Malaysia ke negara ahli IDB melalui Surat Kredit akan mendapat pembayaran segera daripada Exim Bank. EXIM Bank akan menanggung risiko Bank Pengeluar LC.
Kontrak Syariah
Kontrak Syariah yang diguna pakai untuk Pembiayaan Bersama IDB ialah:
Murabahah
Kelayakan
Pengimport/Pembeli dari negara ahli IDB dengan minimum tiga (3) tahun telah beroperasi dalam perniagaan dan Pengeksport Malaysia yang mengeksport produk Malaysia. Terdapat dua (2) skim. Skim 1 untuk Pengimport Asing bagi barang Malaysia, manakala Skim 2 untuk pengeksport Malaysia. Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk
Pembiayaan Minimum
Skim 1 :
USD200,000
 
Skim 2 :
USD100,000
Tempoh
Maksimum sehingga 180 hari.
Kadar Keuntungan
Pada LIBOR + kadar sebaran.
Mata Wang
Dolar Amerika Syarikat, Euro dan mata wang lain yang diterima.

 

Skim 1
 
Pembayaran
Berdasarkan hasil daripada terbitan/LC.
Pengeluaran
Dibayar kepada pengeksport Malaysia.
Kaedah Pembayaran
Akaun Terbuka, Surat Kredit.
Fi Urus Niaga
Tiada
Cagaran
Untuk membiayai Pengimport:
  1. Jaminan Bank
  2. Jaminan Kerajaan
  3. Insurans Islam/Takaful/Jaminan oleh Agensi Kredit Eksport (ECA)
  4. Jaminan Korporat
  5. Jaminan Pengarah

 

Skim 2
 
Pembayaran
Pembayaran balik oleh LC Bank Pengeluar.
Pengeluaran
Perlu dibayar kepada pengeksport Malaysia.
Kaedah Pembayaran
Bayar usans pada tampakan LC
Fi Urus Niaga
USD100 bagi setiap urus niaga
Cagaran
Untuk membiayai Pengeksport:
  1. Berdasarkan hasil usans/LC