PEMBIAYAAN PEMBEKAL-i

Pembiayaan Pembekal-i (SF-i) menyediakan modal kerja untuk pengeksport Malaysia bagi mengeksport produk mereka kepada pembeli luar negara melalui Pembiayaan Prapenghantaran dan Pascapenghantaran. Prapenghantaran membiayai modal kerja bagi pengeluaran barang, manakala Pascapenghantaran membiayai bil eksport selepas penghantaran dibuat. Tujuan kemudahan ini adalah untuk menggalakkan eksport barang halal Malaysia melalui bantuan kewangan.

 
Tujuan
Untuk menggalakkan eksport barang Malaysia melalui bantuan kewangan bagi pengeluaran barang dan pendiskaunan bil eksport.
Kontrak Syariah
Pembiayaan Prapenghantaran:
Pembiayaan prapenghantaran mengguna pakai kontrak Murabahah atau kontrak Tawarruq (Komoditi Murabahah).
 
Pembiayaan Pascapenghantaran:
Pembiayaan pascapenghantaran mengguna pakai kontrak Tawarruq (Komoditi Murabahah).
Kelayakan
Pengeksport Malaysia yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965. Termasuk juga Syarikat yang Dikawal oleh Bukan Pemastautin. Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk
Margin Pembiayaan
Prapenghantaran
Sehingga 100% daripada nilai invois atau 90% daripada nilai pesanan eksport
 
Pascapenghantaran
Sehingga 100% daripada bil eksport
Tempoh
Prapenghantaran
Sehingga 120 hari (tempoh yang lebih panjang mungkin dibenarkan bergantung pada merit sesuatu kes)
 
Pascapenghantaran
Sehingga 180 hari (tempoh yang lebih panjang mungkin dibenarkan bergantung pada merit sesuatu kes)
Jenis Pembiayaan
Prapenghantaran
Modal kerja untuk pembelian input domestik/asing sebelum penghantaran
 
Pascapenghantaran
Pembiayaan modal kerja selepas penghantaran
Kadar Keuntungan
Kadar keuntungan berdasarkan Kos Dana-i di tambah kadar sebaran keuntungan.
Mata Wang
Ringgit Malaysia, Dolar Amerika Syarikat, Euro dan mata wang lain yang diterima.
Pembayaran
Berdasarkan hasil eksport atau hasil lain.
Pengeluaran
Prapenghantaran
  1. Terus kepada pembekal.
  2. Kepada Pelanggan berdasarkan pembayaran balik.
Pascapenghantaran
Kepada pengeksport.
Fi and Caj
Fi pemprosessan sebanyak satu peratus (1%)* daripada jumlah pembiayaan.
(*) tertakluk kepada terma dan syarat.Perusahan Kecil Sederhana (PKS) dikecualikan.
Nota: Semua fi dan caj tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).