PEMBIAYAAN SEMULA KREDIT EKSPORT-i

Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i (ECR-i) menyediakan pembiayaan prapenghantaran dan pascapenghantaran alternatif jangka pendek.

 
Tujuan
Pembiayaan Semula Kredit Eksport-i (ECR-i) menyediakan pembiayaan prapenghantaran dan pascapenghantaran alternatif jangka pendek kepada pengeksport langsung /tak langsung bagi mempromosikan eksport produk perkilangan, produk pertanian dan komoditi utama yang 'Halal', melalui peruntukan kemudahan pembiayaan patuh Syariah.
  1. Kemudahan prapenghantaran ECR-imembantu pengeluaran barang yang akan dieksport sebelum penghantaran dan untuk menggalakkan rantaian ke belakang antara pengeksport dengan pembekal tempatan dalam pembangunan industri
  2. Kemudahan pascapenghantaran ECR-imenghubungkan keperluan pembiayaan pengeksport daripada tarikh penghantaran sehinggalah penerimaan bayaran bil eksport
Kontrak Syariah
Prapenghantaran ECR-i
Kontrak yang diguna pakai bagi membiayai pembelian bahan mentah dan kos sampingan lain antara pengeksport Malaysia dengan semua Bank ECR-i, adalah 'Murabahah’ (kos campur keuntungan) diikuti oleh ‘Tawarruq' antara EXIM Bank dengan semua Bank ECR-i bagi membiayai semula bil.
  1. Murabahah
  2. Tawarruq (Komoditi Murabahah)
Pascapenghantaran ECR-i
Urus niaga ini dibuat antara pengeksport, semua Bank ECR-i dan EXIM Bank dengan menggunakan kontrak 'Tawarruq’. Di bawah pengaturan ini, pengeksport, sebagai pemilik bil eksport, melantik Bank ECR-i selaku ejen pungutan untuk mengutip bayaran daripada Bank pengimport.
  1. Tawarruq (Komoditi Murabahah)
Kelayakan
Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam aktiviti eksport dan perdagangan antarabangsa layak mendapatkan kemudahan ECR-i tetapi tertakluk pada syarat yang berikut:
  1. Input dan produk akhir yang akan dieksport mestilah "Halal"
  2. Produk yang tidak disenaraikan di bawah Jadual Pertama Perintah Duti Kastam (senarai barang yang dilarang eksport)

Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk

Margin Pembiayaan
Prapenghantaran
  1. Berasakan Pesanan
    Pengeksport Langsung
  2. Pengeksport Tak Langsung
    Sehingga 95% daripada ECR-i Surat Kredit Domestik (DLC), ECR-i Pesanan Pembelian Domestik (DPO) atau Pesanan Pembelian Tempatan (LPO)

Sijil Prestasi (CP)
  1. Pengeksport Langsung (Perkilangan dan Perdagangan)
    Pengeksport Langsung (Perkilangan dan Perdagangan) 100% daripada Nilai Eksport bagi 12 bulan sebelumnya.
  2. Pengeksport Tak Langsung (Perkilangan dan Perdagangan)
    80% daripada Nilai Eksport bagi 12 bulan sebelumnya.

Pascapenghantaran
  1. Margin pembiayaan adalah maksimum sehingga 100% daripada nilai bil eksport. Tertakluk pada ketersediaan had kredit ECR dengan bank perdagangan dan had pentadbiran EXIM Bank
Tempoh
Prapenghantaran
Maksimum sehingga 120 hari
 
Pascapenghantaran
Jumlah maksimum sehingga 183 hari
Kadar Keuntungan
Ditentukan oleh EXIM dari semasa ke semasa.
Mata Wang
Ringgit Malaysia.
Kaedah Pembayaran
Prapenghantaran
Pengeksport Langsung:
  1. Hasil eksport; atau
  2. Hasil pascapenghantaran
Pengeksport Tak Langsung:
  1. Hasil daripada pengeksport langsung

Pascapenghantaran
  1. Penerimaan hasil eksport, atau
  2. Bil pascapenghantaran setelah matang, mengikut mana-mana yang mana lebih awal
Pengeluaran
Pengeluaran dibuat untuk Bank ECR-i
Cagaran
T/B
Fi dan Caj
Sila rujuk Garis panduan terbaru ECR-i EXIM Bank untuk fi dan caj terperinci.
Nota: Semua fi dan caj tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).