RESIT AMANAH-i

Pengimport Malaysia bagi barang strategik boleh mengukuhkan aliran tunai mereka dengan membiayai import mereka melalui Resit Amanah-i (Trust Receipt-i, TR-i) kami.

 
Tujuan
Resit Amanah-i ialah kemudahan pembiayaan perdagangan yang membiayai import dan menghubungkan keperluan modal kerja dengan melanjutkan tempoh kredit di bawah:
  1. Syarat Kredit Berdokumen-i
  2. Dokumen Pungutan-i

Sehingga resit hasil jualan dan akan diberikan untuk tujuan Halal.

Kontrak Syariah
Kontrak Syariah yang diguna pakai untuk Resit Amanah-i ialah;
Murabahah
Kelayakan
  1. Barang import yang bernilai strategik adalah layak. Pembekal barang tempatan adalah tidak layak. Walau bagaimanapun, barang yang diimport daripada ejen tempatan adalah layak
  2. Komponen atau barang separa siap untuk proses seterusnya bagi pasaran eksport
  3. Barang untuk tujuan perdagangan mestilah bukan barang mudah rosak atau barang modal
  4. Barang mestilah patuh Syariah

Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk

Tempoh
Tempoh kemudahan adalah sehingga 180 hari.
Kadar Keuntungan
Kadar keuntungan berdasarkan Kos Dana-i di tambah kadar sebaran keuntungan.
Mata Wang
Ringgit Malaysia, Dolar Amerika Syarikat, Euro dan mata wang lain yang diterima.
Pembayaran
Bayaran penuh setelah tempoh matang bagi setiap pengeluaran.
Cagaran
Atas salah satu tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
  1. Sandaran kepada cagaran tunai
  2. Dana terikat
  3. Hartanah
  4. Debentur tetap atau terapung
  5. Penyerahan hak perlindungan Takaful
  6. Penyerahan hak hasil pembayaran
  7. Penyerahan hak hasil Jualan
  8. Cagaran lain yang difikirkan perlu oleh Bank
Fi dan Caj
Fi pemprosessan sebanyak satu peratus (1%)* daripada jumlah pembiayaan.
(*) tertakluk kepada terma dan syarat.Perusahan Kecil Sederhana (PKS) dikecualikan.
Nota: Semua fi dan caj tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).