SKIM PEMBIAYAAN VENDOR-i

Skim Pembiayaan Vendor-i (Vendor Financing Scheme-i, VFS-i) disediakan untuk vendor bagi Program Vendor yang terpilih. Skim ini menghubungkan aliran tunai vendor daripada pascapengeluaran sehinggalah kepada pembayaran oleh Syarikat Peneraju.

 
Tujuan
Skim Pembiayaan Vendor-i (VFS-i) ialah kemudahan yang ditawarkan kepada syarikat yang dimiliki atau dikuasai oleh warga Malaysia di bawah skim vendor terpilih yang memerlukan pembiayaan invois atau bil mereka kepada Syarikat Peneraju
Kontrak Syariah
Kontrak Syariah yang diguna pakai untuk Skim Pembiayaan Vendor-i (VFS-i) ialah:
Tawarruq (Komoditi Murabahah)
Kelayakan
Pelanggan sasaran bagi VFS-i ialah syarikat perkilangan Malaysia yang terlibat dan/atau yang menyokong industri berkaitan eksport dalam Program Vendor terpilih. Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk
Margin Pembiayaan
Sehingga 100% daripada nilai invois yang didiskaunkan pada kadar keuntungan semasa.
Tempoh
Sehingga 180 hari dari tarikh pengeluaran.
Kadar Keuntungan
ECOF-i campur 1.5% setahun.
Mata Wang
Ringgit Malaysia.
Pembayaran
Pembayaran penuh setelah matang.
Pengeluaran
Pengeluaran dibuat terus kepada Vendor selepas menerima pengesahan daripada Syarikat Peneraju.
Cagaran
Penyerahan hak Pembayaran oleh Syarikat Peneraju.
Fi dan Caj
Tiada