SURAT KREDIT-i

Surat Kredit-i (Letter of Credit-i, LC-i) disediakan untuk memudahkan pengimportan barang. Barang yang diimport mestilah barang strategik yang meningkatkan keupayaan perkilangan Malaysia atau barang yang tidak terdapat di Malaysia.

 
Tujuan
Memudahkan pengimportan barang strategik.
Kontrak Syariah
Kontrak Syariah yang diguna pakai untuk Surat Kredit-i ialah Wakalah dan Murabahah bergantung pada keperluan pelanggan.
  1. Wakalah
  2. Murabahah
Kelayakan
Syarikat Malaysia yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965. Syarikat yang Dikuasai oleh Bukan Pemastautin juga layak.
Subjek kemudahan ini mestilah bagi tujuan patuh Syariah  
 
Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk
Tempoh
Sehingga keperluan kontrak atau keperluan pembiayaan projek pelaburan.
Fi dan Caj
Maksimum sehingga 0.1% sebulan daripada amaun Surat Kredit-i
Sila rujuk Fi dan Caj Standard bagi Produk Pembiayaan Perdagangan Islam untuk fi dan caj terperinci.
Nota: Semua fi dan caj tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).
Mata Wang
Ringgit Malaysia, Dolar Amerika Syarikat, Euro dan mata wang lain yang diterima.
Sekuriti
 
  1. Cagaran Tunai
  2. Jaminan Korporat
  3. Jaminan Pemegang Saham/Pengarah
  4. Gadaian pertama terhadap aset tetap dan terapung pelanggan
  5. Gadaian terhadap Hartanah
  6. Penyerahan hak kontrak/hasil pembayaran/Takaful/hak dan manfaat projek
  7. Penyerahan hak Akaun yang Ditetapkan
  8. Saham sandaran
  9. Deposit Tetap/Akaun Pelaburan Am