EKSPORT PERKHIDMATAN-i

Eksport Perkhidmatan-i (ESF-i) disediakan untuk syarikat yang dimiliki dan dikuasai oleh warga Malaysia, yang terlibat dalam peruntukan perkhidmatan untuk pasaran global, seperti Perkhidmatan Teknologi Maklumat, Seni Bina Kejuruteraan dan perkhidmatan profesional yang lain.

 
Tujuan
  1. Peruntukan modal kerja/jaminan/pembiayaan aset kontrak perkhidmatan asing
  2. Perolehan teknologi untuk perkhidmatan pasaran global
Kontrak Syariah
Kontrak Syariah yang diguna pakai untuk ESF-i ialah:
  1. Tawarruq (Komoditi Murabahah)
  2. Murabahah
  3. Kafalah

* Mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kelayakan
Pengeksport Malaysia yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965. Termasuk juga Syarikat yang Dikawal oleh Bukan Pemastautin. Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk
Margin Pembiayaan
Sehingga 80% daripada nilai kontrak/harga pembelian atau nilai keperluan bagi kontrak/perkhidmatan.
Tempoh
Maksimum sehingga 5 tahun.
Kadar Keuntungan
Kos Dana-i di tambah kadar sebaran keuntungan.
Mata Wang
Dolar Amerika Syarikat, EURO dan mata wang lain yang diterima
Pembayaran
Berdasarkan hasil Kontrak atau pembayaran tetap sama ada bulanan atau suku tahunan.
Pengeluaran
  1. Terus kepada pembekal
  2. Kepada Pelanggan bagi perbelanjaan overhed; atau
  3. Kepada Pelanggan sebagai pembayaran balik bagi perbelanjaan yang ditanggung sebelum ini (jika berkenaan)
Cagaran
Atas salah satu tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
  1. Cagaran Tunai
  2. Jaminan Korporat
  3. Jaminan Pemegang Saham dan/atau Pengarah
  4. Penyerahan hak kontrak dan Takaful/ polisi insurans yang berkaitan
  5. Lain-lain
Fi dan Caj
Fi pemprosesan sebanyak satu peratus (1%)* daripada jumlah pembiayaan.
(*) tertakluk pada terma dan syarat. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dikecualikan.
Nota: Semua fi dan caj tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).