KEMUDAHAN PEMBIAYAAN MALAYSIAKITCHEN-i

Kemudahan Pembiayaan MalaysiaKitchen-i (MKFF-i) ialah kemudahan pembiayaan patuh Syariah yang membantu warga Malaysia menceburi bidang perniagaan restoran di luar negara. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan eksport Masakan Malaysia dan untuk membangunkan francais restoran antarabangsa Malaysia di luar negara.

Pembiayaan ini meliputi :

  •  Pembukaan restoran baharu di luar negara
  •  Pengembangan restoran sedia ada atau membuka cawangan baharu dan untuk membangunkan francais makanan Malaysia di peringkat antarabangsa
 
Tujuan
Untuk membiayai pembukaan atau pengembangan restoran Malaysia di luar negara.
Kontrak Syariah
Kontrak Syariah yang diguna pakai untuk Kemudahan Pembiayaan MalaysiaKitchen-i ialah:
  1. Ijarah
  2. Istisna’
  3. Murabahah
  4. Tawarruq (Komoditi Murabahah)

* Mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kelayakan
  1. Syarikat yang dimiliki dan/atau dikuasai oleh warga Malaysia dengan pegangan saham minimum sebanyak 51% yang ditubuhkan di Malaysia
  2. Pengalaman kerja yang berkaitan sama ada satu (1) tahun dalam menguruskan restoran di luar negara atau tiga (3) tahun di dalam negara
  3. Terbuka kepada francais milik warga Malaysia

Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk

Margin Pembiayaan
Sehingga 90% daripada kos projek, termasuk tiga (3) bulan modal kerja.
Tempoh
Sehingga lima (5) tahun dari tarikh pengeluaran pertama, termasuk tempoh tangguh.
Tempoh tangguh adalah sehingga sembilan (9) bulan dari tarikh pengeluaran pertama yang terdiri daripada 3 bulan cuti bayar dan diikuti oleh 6 bulan khidmat bayaran keuntungan.
Kadar Keuntungan
Pada 3.0% setahun berasaskan baki bulanan.
Mata Wang
Ringgit Malaysia.
Pembayaran
Pembayaran hendaklah dibuat secara ansuran bulanan.
Pengeluaran
Terus kepada pembekal, kontraktor atau pelanggan (secara pembayaran balik) bagi perbelanjaan modal dan terus kepada pelanggan untuk modal kerja.
Cagaran
Atas salah satu tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
  1. Jaminan Korporat
  2. Jaminan Pemegang saham dan/atau Pengarah
  3. Hartanah
  4. Penyerahan hak Takaful/ polisi Insurans
Fi dan Caj
Fi pemprosessan sebanyak satu peratus (1%)* daripada jumlah pembiayaan.
(*) tertakluk kepada terma dan syarat.Perusahan Kecil Sederhana (PKS) dikecualikan.
Nota: Semua fi dan caj tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).