PEMBIAYAAAN PEMBELI-i

Pembiayaan Pembeli-i (BF-i) ialah kemudahan pembiayaan Islam yang diberi kepada kerajaan asing/pembeli asing untuk membeli barangan dan perkhidmatan Malaysia. Ini termasuk barang buatan Malaysia atau perkhidmatan yang ditawarkan di Malaysia atau di luar negara untuk pembeli luar negara.

 
Tujuan
Untuk membiayai pembelian produk dan perkhidmatan Malaysia termasuk pembinaan dan kontrak. Pembiayaan ini membolehkan syarikat Malaysia menyediakan keseluruhan pakej produk yang termasuk pembiayaan kepada pembeli luar negara mereka.
Kontrak Syariah
Kontrak Syariah yang diguna pakai untuk Pembiayaan Pembeli-i ialah:
  1. Ijarah
  2. Istisna’
  3. Murabahah
  4. Tawarruq (Komoditi Murabahah)

* Mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kelayakan
Pembeli komersial asing atau pembeli kerajaan asing. Syaratnya ialah:
  1. Pembekal/kontraktor mestilah syarikat yang dimiliki dan dikuasai oleh warga Malaysia
  2. Produk mestilah dikeluarkan di Malaysia

Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk

Margin Pembiayaan
Maksimum sehingga 85% daripada kos Projek atau nilai Kontrak.
Tempoh
Maksimum sehingga 10 tahun termasuk tempoh tangguh tidak melebihi 2 tahun.
Kadar Keuntungan
Kos Dana-i di tambah kadar sebaran keuntungan.
Mata Wang
Dolar Amerika Syarikat, EURO dan mata wang lain yang diterima.
Pembayaran Harga Jualan
Bulanan, suku tahunan atau mengikut aliran tunai.
Pengeluaran
Terus kepada pengeksport Malaysia.
Cagaran
Atas salah satu tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
  1. Cagaran Tunai
  2. Jaminan Korporat
  3. Jaminan Pemegang Saham dan/atau Pengarah
  4. Hartanah
  5. Gadaian pertama terhadap aset tetap atau terapung pelanggan
  6. Penyerahan hak Takaful/polisi insurans, perjanjian, hasil kontrak, hak dan manfaat.
Fi dan Caj
Fi pemprosessan sebanyak satu peratus (1%)* daripada jumlah pembiayaan.
(*) tertakluk pada terma dan syarat. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dikecualikan.
Nota: Semua fi dan caj tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).