PEMBIAYAAN BERTEMPOH-i

Pengeksport barangan atau perkhidmatan Malaysia boleh mendapatkan akses kepada pembiayaan dalam Pembiayaan Bertempoh-i (Term Financing, TF-i) patuh Syariah untuk pelbagai tujuan yang berkaitan dengan perniagaan eksport mereka.

 
Tujuan
Kemudahan pembiayaan yang disediakan untuk membiayai modal kerja, overhed atau urus niaga berasaskan bukan aset dalam menyokong eksport, projek atau keperluan kontrak dan aktiviti. Kemudahan ini juga berfungsi sebagai alat untuk membiayai semula aset.
Kontrak Syariah
Kontrak Syariah yang diguna pakai untuk Pembiayaan Bertempoh-i ialah:
  1. Ijarah
  2. Murabahah
  3. Tawarruq (Komoditi Murabahah)

* Mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kelayakan
Pengeksport Malaysia yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965. Termasuk juga Syarikat yang Dikawal oleh Bukan Pemastautin. Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk
Margin Pembiayaan
  1. Sehingga 100% - Untuk menyusun semula kemudahan
  2. Sehingga 90% daripada Projek - Untuk tujuan lain (pembiayaan langsung)
Tempoh
Sehingga 15 tahun.
Kadar Keuntungan
Kos Dana-i di tambah kadar sebaran keuntungan.
Mata Wang
Ringgit Malaysia, Dolar Amerika Syarikat, Euro dan mata wang lain yang diterima.
Pembayaran
Bulanan, suku tahunan bergantung pada aliran tunai.
Pengeluaran
Terus kepada pembekal/vendor atau pelanggan dalam kes pembayaran balik.
Cagaran
Atas salah satu tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
  1. Sandaran Berdasarkan cagaran tunai
  2. Dana terikat
  3. Hartanah
  4. Debentur tetap atau terapung
  5. Penyerahan hak perlindungan Takaful
  6. Penyerahan hak hasil pembayaran
  7. Penyerahan hak hasil Jualan
  8. Cagaran lain yang difikirkan perlu oleh Bank
Fi dan Caj
Fi pemprosessan sebanyak satu peratus (1%)* daripada jumlah pembiayaan.
(*) tertakluk kepada terma dan syarat.Perusahan Kecil Sederhana (PKS) dikecualikan.
Nota: Semua fi dan caj tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).