PEMBIAYAAN IMPORT-i

Pengimport Malaysia boleh mendapatkan Kemudahan Pembiayaan Import-i (Import Financing, IF-i) patuh Syariah bagi barang atau aset yang strategik dalam ekonomi Malaysia.

 
Tujuan
Tujuan Pembiayaan Import-i adalah untuk membiayai import "barang strategik" yang terdiri daripada barang modal Halal, bahan mentah dan barang yang berkaitan untuk pembangunan, menambah baik peluasan kemudahan infrastruktur atau perbelanjaan lain yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan pelanggan yang akhirnya akan mengurangkan kebergantungan terhadap import dan juga untuk projek inisiatif kerajaan.
Kontrak Syariah
Kontrak Syariah yang diguna pakai untuk Pembiayaan Import-i ialah:
  1. Ijarah
  2. Murabahah
  3. Tawarruq (Komoditi Murabahah)

* Mengikut mana-mana yang berkenaan

Kelayakan
  1. Syarikat yang dimiliki atau dikuasai oleh warga Malaysia yang ditubuhkan di Malaysia
  2. Usaha sama antara syarikat Malaysia dengan syarikat asing dengan pemilikan syarikat Malaysia tidak kurang daripada 51% daripada usaha sama tersebut

Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk

Margin Pembiayaan
Margin pembiayaan adalah sehingga 90% daripada nilai pesanan import.
Tempoh
Tempoh tertakluk pada penilaian tahunan. Kemudahan ini boleh secara pusingan ataupun bertempoh sehingga 10 tahun.
Kadar Keuntungan
Pada kos dana-i di tambah kadar sebaran keuntungan. Kadar sebaran ini hendaklah berdasarkan penarafan risiko syarikat dan pertimbangan bukan kualitatif yang lain.
Mata Wang
Ringgit Malaysia, Dolar Amerika Syarikat, Euro dan mata wang lain yang diterima.
Pembayaran
Pada tempoh matang bagi setiap tempoh pembiayaan.
Pengeluaran
Terus kepada pembekal luar negara atau ejen tempatan atau Pengimport (secara pembayaran balik).
Cagaran
Atas salah satu tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
  1. Jaminan Korporat
  2. Jaminan Pemegang Saham/atau Pengarah
  3. Hartanah
  4. Gadaian terhadap aset tetap terapung pelanggan
  5. Penyerahan hak Takaful/Polisi insurans dan hasil kontrak
Fi dan Caj
Fi pemprosessan sebanyak satu peratus (1%)* daripada jumlah pembiayaan.
(*) tertakluk pada terma dan syarat. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dikecualikan.
(*) tertakluk pada terma dan syarat. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dikecualikan. Nota: Semua fi dan caj tertakluk kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).