PEMBIAYAAN KONTRAK-i

Kemudahan ini menyediakan bantuan kewangan kepada kontraktor Malaysia untuk mengusahakan kontrak di luar negara dan kontrak tempatan seperti infrastruktur, pembuatan dan projek-projek pembangunan yang lain.

 
Tujuan
Luar Negara
Kemudahan Pembiayaan Kontrak Luar Negara-i (CFO-i) tersedia kepada syarikat-syarikat milik dan kawalan Malaysia untuk melaksanakan projek / kontrak luar negara daripada Penyedia Kontrak Asing atau Malaysia seperti pembinaan kilang, infrastruktur, pembuatan dan projek-projek pembangunan lain.
 
Domestik
Kemudahan Pembiayaan Kontrak Domestik-i (CFD-i) disediakan kepada syarikat-syarikat yang dimiliki dan dikendalikan oleh Malaysia untuk menjalankan projek / kontrak tempatan daripada Penyedia Kontrak Asing atau Malaysia seperti pembinaan kilang, infrastruktur, pembuatan dan projek-projek pembangunan lain.
 
Kriteria kelayakan untuk CFD-i adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  1. Penyedia Kontrak mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 50% produk / perkhidmatan yang dieksport: dan
  2. Elemen import untuk kontraktor mestilah sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah pembiayaan.

Pembiayaan ini layak untuk kedua-dua industri strategik dan tidak strategik.

Kontrak Syariah
Kontrak Syariah yang diguna pakai untuk Pembiayaan Kontrak-i adalah:
  1. Ijarah
  2. Istisna’
  3. Murabahah
  4. Tawarruq (Komoditi Murabahah)

* Mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kelayakan
Pembekal/kontraktor Malaysia.
Margin Pembiayaan
Maksimum sehingga 85% daripada kos projek atau nilai kontrak.
Tempoh
Maximum sehingga 10 tahun termasuk tempoh tangguh tidak melebihi 2 tahun.
Kadar Keuntungan
Kos dana-i ditambah kadar sebaran keuntungan.
Mata Wang
Ringgit Malaysia, Dolar Amerika Syarikat, EURO dan mata wang lain yang diterima.
Pembayaran
Berdasarkan hasil kontrak dan/atau pembayaran progresif
Pengeluaran
  1. Terus kepada pembekal/kontraktor
  2. Perbelanjaan overhead terus kepada pelanggan
Cagaran
Salah satu tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
  1. Cagaran tunai
  2. Jaminan korporat
  3. Jaminan pemegang saham dan/atau pengarah
  4. Dana terikat
  5. Margin tunai terhadap pengeluaran bon
  6. Penyerahan hak penerimaan kontrak
  7. Lain-lain
Fi dan Caj
Fi pemprosesan sebanyak 1.0%* daripada jumlah pembiayaan.
(*) tertakluk pada terma dan syarat. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dikecualikan.