PEMBIAYAAN PROJEK / PELABURAN LUAR NEGARA-i

Kemudahan Pembiayaan Projek / Pelaburan Luar Negara-i (OPF-i/OIF-i) disediakan untuk syarikat yang dikuasai oleh warga Malaysia atau syarikat Malaysia (berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016). Kemudahan ini menyediakan bantuan kewangan kepada pelabur/kontraktor Malaysia yang menjalankan projek di luar negara seperti infrastruktur, perkilangan dan projek pembangunan lain.

 
PEMBIAYAAN PROJEK LUAR NEGARA-i
 
Tujuan
Untuk membiayai pembangunan, penambahbaikan atau penambahan kemudahan infrastruktur, kilang dan bangunan serta pembelian aset tetap, seperti jentera dan peralatan.
Kontrak Syariah
Kontrak Syariah yang diguna pakai untuk Pembiayaan Projek Luar negara-i ialah:
  1. Ijarah
  2. Istisna’
  3. Murabahah
  4. Tawarruq (Komoditi Murabahah)

* Mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kelayakan
Pembekal/kontraktor/pelabur Malaysia. Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk
Margin Pembiayaan
Maksimum sehingga 85% daripada kos projek atau nilai kontrak.
Tempoh
Maksimum sehingga 10 tahun termasuk tempoh tangguh tidak melebihi 2 tahun.
Kadar Keuntungan
Kos Dana-i di tambah kadar sebaran keuntungan.
Mata Wang
Ringgit Malaysia, Dolar Amerika Syarikat, Euro dan mata wang lain yang diterima.
Pembayaran
Bulanan, suku tahunan atau separuh tahunan daripada aliran tunai projek dan/atau bayaran progresif.
Pengeluaran
  1. Terus kepada pembekal/ kontraktor
  2. Perbelanjaan overhed terus kepada pelanggan
Cagaran
Atas salah satu tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
  1. Cagaran Tunai.
  2. Jaminan Korporat.
  3. Jaminan Pemegang Saham/Pengarah.
  4. Hartanah
  5. Gadaian pertama terhadap aset tetap dan terapung pelanggan.
  6. Penyerahan kontrak yang berkaitan, perjanjian, polisi insurans termasuk semua hak dan manfaat projek.
Fi dan Caj
Fi pemprosesan sebanyak satu peratus (1%)* daripada jumlah pembiayaan.
(*) tertakluk pada terma dan syarat. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dikecualikan.

 

PEMBIAYAAN PELABURAN LUAR NEGARA-i
 
Tujuan
Untuk membiayai pelabur Malaysia yang menjalankan pelaburan rentas sempadan dengan cara membeli aset luar negara (aset tetap dan aset semasa seperti bangunan, kilang, premis bangunan, kilang dan mesin, bahan mentah) atau pembelian ekuiti dalam penubuhan luar negara.
Kontrak Syariah
Kontrak Syariah yang diguna pakai bagi Pembiayaan Pelaburan Luar Negara-i adalah:
  1. Ijarah
  2. Istisna
  3. Murabahah
  4. Tawarruq (Komoditi Murabahah)

* Mengikut mana-mana yang berkenaan.

Kelayakan
Pembekal/kontraktor/pelabur Malaysia.
Margin Pembiayaan
Sehingga 80% daripada nilai pelaburan/aset.
Tempoh
Maksimum sehingga 10 tahun termasuk tempoh tangguh tidak melebihi 1 tahun bergantung pada aliran tunai projek/pelaburan.
Kadar Keuntungan
Kos dana-i ditambah kadar sebaran keuntungan.
Mata Wang
Ringgit Malaysia, Dolar Amerika Syarikat, EURO dan mata wang lain yang diterima.
Pembayaran
Bulanan, suku tahunan atau separuh tahunan daripada aliran tunai.
Pengeluaran
Terus kepada pembekal atau kontraktor atau kepada pelanggan berdasarkan pembayaran balik.
Cagaran
Salah satu tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
  1. Cagaran tunai
  2. Saham (memorandum deposit saham)
  3. Dana terikat
  4. Jaminan (individu/pemegang saham/pengarah)
  5. Penyerahan perolehan insurans
  6. Penyerahan kontrak yang berkaitan, perjanjian, polisi insurans termasuk semua hak dan manfaat projek
  7. Jaminan korporat
  8. Debentur
  9. Gadaian tetap pertama atau yang setara dengannya ke atas tanah projek yang dibiayai oleh EXIM Bank
  10. Sekuriti lain yang boleh diterima oleh Bank
Fi dan Caj
Fi pemprosesan sebanyak 1.0%* daripada jumlah pembiayaan.
(*) tertakluk pada terma dan syarat. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dikecualikan.