Memberi Kembali Kepada Masyarakat Melalui Tanggungjawab Sosial Korporat
Di EXIM Bank, Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) terus menjadi komponen utama budaya korporat yang merupakan bahagian penting di dalam perniagaan kami. Melalui CSR, kami berusaha untuk memberikan nilai kepada pelanggan, pekerja, komuniti dan negara, disamping mengembangkan lagi sempadan kami. Kami mengambil kira objektif dan faedah yang ingin disampaikan dalam setiap inisiatif CSR yang kami lakukan dengan itu, telah mewujudkan proses kelulusan rasmi untuk setiap projek yang dijalankan yang diterajui oleh Jabatan Komunikasi Korporat (CCD). CCD juga, menilai unjuran kesan hasil daripada inisiatif CSR dengan kerjasama pihak lain terhadap masyarakat dengan memastikan matlamat, sumber, strategi dan dasar ditakrifkan dengan baik sebelum pelaksanaan pada setiap projek.