WebBanner 2018 03

Kenyataan Akhbar
EXIM BANK MALAYSIA ANNOUNCES THE APPOINTMENT OF DATO' FEIZAL MUSTAPHA AS ITS NEW CHAIRMAN
April 15, 2019

KUALA LUMPUR, 15 April 2019 – Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) has appointed Dato’ Feizal Mustapha as its new Chairman with effect from 9 April 2019. Dato’ Feizal succeeds Datuk Mat Noor Nawi who retired from the Bank on 30 September 2018.

EXIM BANK GIVES BACK TO THE COMMUNITY
Mac 26, 2019

MELAKA, Tuesday (26 March 2019) – For the year 2019, EXIM Bank has drawn up a whole variety of CSR programmes in order to provide substantial assistance to various social groups that are in need of assistance.

EXIM BANK HOST MINISTRY OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY (MITI) INTER-AGENCY GAMES 2019
Mac 16, 2019

KUALA LUMPUR, Saturday (16 March 2019) - Export-Import Bank of Malaysia marks its commitment to this years' sporting event by hosting the launch of "Sukan Antara Agensi MITI 2019" at its office building today. The newly appointed, YBhg. Dato’ Lokman Hakim Ali, Secretary General to the Ministry of International Trade and Industry (MITI) was present to officiate the event and simultaneously kick off the first two sports at the venue.

ELLY ANAK ANGKAT EXIM BANK
Disember 04, 2018

PAHANG, Selasa (4 Disember 2018) – Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) meneruskan lagi komitmen tanggungjawab sosial korporatnya pada hari ini yang merangkumi inisiatif pemeliharaan dan pemuliharaan seekor anak gajah istimewa bernama Elly yang ditempatkan di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang.

Pada tahun lepas, EXIM Bank telah menjalankan program tanggungjawab sosial korporat di sini dengan memberi sumbangan kaki palsu kepada seekor gajah istimewa bernama Selendang. EXIM Bank juga telah memberi wajah baru kepada Pusat Maklumat PKGK dengan informasi serta statistik terkini berkenaan dengan gajah secara keseluruhannya.

Kini, EXIM Bank meneruskan lagi usaha tanggungjawab sosial korporatnya dengan mengambil Elly sebagai anak angkat. Berusia dua tahun, Elly dijumpai dalam keadaan tidar sedarkan diri setelah kehilangan kaki kanan hadapannya di Kg. Sokut Toku, Tanah Merah, Jeli, Kelantan akibat perangkap samar buatan manusia. Ia dirawat di Pusat Konservasi Gajah Terengganu sebelum dipindahkan ke PKGK, Kuala Gandah bagi proses pemulihan seterusnya.

Program pada hari ini telah dirasmikan oleh Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank, Puan Norzilah Mohammed dan disaksikan oleh Ketua PKGK, Kuala Gandah, En. Nasharuddin Othman dimana pihak Bank telah menyalurkan sumbangan berupa kaki palsu gajah (prosthetic leg), sebuah padok mudah alih (portable paddock), stok vitamin serta ubat-ubatan untuk kegunaan harian Elly bagi tempoh setahun. Acara susulan diikuti dengan lawatan ke sekitar kawasan PKGK, Kuala Gandah dan persembahan video berkenaan gajah-gajah secara umum di Malaysia.

EXIM BANK ADOPTS ELLY AS PART OF ITS CSR ENVIRONMENTAL INITIATIVE
Disember 04, 2018

PAHANG, Tuesday (4 December 2018) – EXIM Bank today continues with its CSR commitment in the area of elephant conservation, education and elephants’ welfare at the Kuala Gandah National Elephant Conservation Centre (NECC) by adopting a handicapped baby elephant named Elly.

Last year, EXIM Bank refurbished and redesigned the educational materials for Kuala Gandah NECC as well as funding a custom-made prosthetic leg for a 13 year old female elephant, ‘Selendang’.

This year, EXIM Bank goes one step further by adopting the two year old baby Elly and provides her with a prosthetic leg, a new portable paddock for daily mobility exercise and a one-year supply of multivitamins and other supplements. She lost her front lower right foot from a trap laid by illegal hunters and was found unconscious at Kg. Sokut Toku, Tanah Merah, Jeli Kelantan. Elly was then rescued by Terengganu’s Elephant Conservation Centre to receive its early medical treatment before being transferred to NECC for her recovery process.   

EXIM BANK LENDS A HAND TO PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM PERIBADI MULIA
Oktober 13, 2018

SELANGOR, Saturday (13 October 2018) – As part of its CSR community programme, EXIM Bank today held a ‘gotong royong’ activity at Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia here in Kg. Sg. Kantan, Kajang.

The 34 volunteers, together with the orphans, spent half a day sprucing up the house with new coats of paint, installing wardrobes and new rubber mats as well. Apart from the activities, EXIM Bank also purchased various household items for the orphanage that include washing machine, standing fans and kitchen appliances worth about RM5,000. 

Present at the event was President/Chief Executive Officer (P/CEO), Pn. Norzilah Mohammed and Deputy President Operations, En. Marazizi Omar. On behalf of EXIM Bank, Norzilah handed over RM5,000 as part of the Bank’s donation towards the home’s  upkeep. 

PKIPM was established on 25 December 2012 by Pn. Siti Salmiah Ismail. This home caters to a total of 62 children from poor families and abandoned children. Six caretakers are taking care of the children ranging from the age of 2 up to 17 years old.

PKIPM derived its source of income solely through donations from corporate companies, non-governmental organizations (NGOs), charitable organizations and personal donation to sustain their monthly expenses.

 

EXIM BANK DISTRIBUTES ITS SPECIAL EDITION BOOK ON EXPORTING AND INTERNATIONAL TRADE TO UNIVERSITIES IN MALAYSIA
Oktober 05, 2018

Kuala Lumpur, Friday (5 October 2018) - As part of its continuous Corporate Social Responsibility (CSR) education initiative, Export-Import Bank of Malaysia (EXIM Bank) today handed out more than 200 copies of its special edition book entitled “Exporting and International Trade” written by Mr. AB Teoh to First City University College (FCUC). The specially designed book comes in three versions i.e. Bahasa Malaysia, English and Mandarin.

The ceremony started off by the handing over of books by Pn. Norzilah Mohammed, President/Chief Executive Officer of EXIM Bank to Tan Sri Dato’ Teo Chiang Liang, Director of First City University College witnessed by faculty members of FCUC and EXIM Bank representatives. It was then followed by a campus and library tour.

Prior to the event, EXIM Bank had earlier distributed more than 2,000 copies of the special edition book to University Tunku Abdul Rahman (UTAR) in Kampar, Perak, Multimedia University (MMU) in Air Keroh, Melaka and Asia Pacific University (APU) in Bukit Jalil. The books were received by Asst. Prof. Dr. Au Yong Hui Nee of UTAR and Asst. Prof. Dr Gerald Goh Guan Gan of MMU respectively.

EXIM Bank also plans to distribute the books to University Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) in Kuala Lumpur next month. The Bank chose to hand out this book to universities due to its wide coverage on export procedures and processes in relation to Malaysia. It also covers International Trade which will provide a good reference for students wishing to be in the export-import business.

EXIM BANK FINANCED THE CONSTRUCTION OF BRITISH UNIVERSITY VIETNAM CAMPUS IN HANOI
September 15, 2018

VIETNAM, Saturday (15 September 2018) - Export-Import Bank of Malaysia (EXIM Bank) today witnessed the official opening ceremony of British University Vietnam (BUV) Ecopark Campus which it financed under its Overseas Project Financing Facility.

The ceremony was officiated by Mr. Phung Xuan Nha, Minister of Education and Training and attended by officials from the Vietnam government, BUV board members and EXIM Bank representatives. Among them are Mr. Nguyen Van Phuc, Deputy Minister of Education and Training, Sir Graeme Davies, Chairman of BUV and Dato’ Loy Teik Ngan, BUV board member. EXIM Bank invitation is headed by its P/CEO, Puan Norzilah Mohammed.

The University is located in Hung Yen Province that is only 10km from Hanoi’s city centre. This state-of-the-art campus took 3 years to construct and has the capacity to accommodate up to 3,000 students. The university’s open design concept which allows closeness to nature is also equipped with modern and high technology facilities. Known as BUV Ecopark Campus, the students will be exposed to an active learning environment that encourages discovery and research capability.

Apart from making available the ideal learning environment, combining nature and modern technology, students will be exposed to teaching methodology and learning experience structured according to UK standard format and programmes, ensuring quality graduates for the markets.

According to Norzilah, P/CEO of EXIM Bank, BUV is indeed another milestone for EXIM Bank in penetrating the global education market in support of Malaysian investors and exporters.

“In 2017, EXIM Bank extended its credit support of RM16.2 billion for both financing and insurance into 12 primary key sectors under the national key economic areas. We also extended RM2.05 billion in both financing and insurance to support the small-and-medium enterprises (SME) segment,” Norzilah added.

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT EXIM BANK DI PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH SEMPENA HARI GAJAH SEDUNIA
Ogos 10, 2017

PAHANG, Khamis (10 Ogos 2017) – Dalam menjalankan program tanggungjawab sosial korporat alam sekitarnya, EXIM Bank akan menyebarkan maklumat mengenai gajah, perwatakan, habitat semulajadi dan isu-isu yang dihadapi oleh populasi gajah secara umum. Program ini juga merupakan usaha EXIM Bank untuk mendidik orang ramai serta mewujudkan kesedaran tentang Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) di Kuala Gandah.

EXIM Bank telah mengambil beberapa inisiatif dalam penyebaran maklumat mengenai gajah menerusi pengiklanan media cetak bagi kesedaran awam bermula dari 8 Ogos hingga 12 Ogos bertepatan dengan Hari Gajah Sedunia pada 12 Ogos 2017. Ini dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perhilitan, PKGK Kuala Gandah dan media.

Beberapa acara juga telah diatur oleh PKGK Kuala Gandah sempena Hari Gajah Sedunia pada hari Sabtu ini antaranya pertandingan mewarna, kenduri gajah, ‘elephant talks’, ‘treasure hunt’ dan pertandingan fotografi menggunakan telefon pintar. Orang ramai dijemput hadir ke PKGK Kuala Gandah dan masuk adalah percuma.

Tergolong dalam Famili Elephantidae, Order Proboscidae, gajah merupakan mamalia darat yang terbesar dan boleh dijumpai di Afrika dan Asia. Gajah Asia boleh membesar sehingga 2.5 hingga 3 m ketinggiannya dan mencecah berat sehingga 5,000 kg. Gajah merupakan antara mamalia yang mempunyai sifat pintar, sensitif dan empati. 

Kehilangan dan fragmentasi habitat adalah ancaman utama terhadap populasi gajah di Malaysia. Sehingga 1980-an banyak kawasan hutan pamah, iaitu habitat utama gajah, telah dibuka dan ditanam dengan kelapa sawit dan getah. Aktiviti pembalakan juga turut menyumbang kepada penurunan populasi gajah.

Gajah memainkan peranan penting kepada kehidupan manusia kerana ia menyumbang kepada kestabilan ekosistem dimana ia membolehkan pelbagai jenis tumbuhan dan spesies haiwan yang lain hidup dalam persekitaran tersebut. Kepupusan populasi gajah akan menjejaskan biodiversiti alam sekitar dan akan menyebabkan habitat menjadi huru-hara.

Acara pada pagi ini dimulakan dengan pelancaran sumbangan oleh EXIM Bank yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mat Noor Nawi, Pengerusi EXIM Bank. Antara inisiatif yang telah dilakukan adalah membaik pulih pusat maklumat PKGK Kuala Gandah dengan informasi terkini berkenaan gajah berbentuk poster, papan tanda, risalah pelawat dalam dwibahasa dan sumbangan kaki palsu untuk gajah betina bernama Selendang yang kudung kaki kirinya akibat jerat dawai.   

Turut hadir pada pelancaran tersebut adalah En. Nasharuddin Othman, Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Pengurusan Kanan EXIM Bank. Usaha sebegini menandakan satu lagi pencapaian oleh EXIM Bank dalam usaha untuk menambah baik program tanggungjawab sosial korporat di masa hadapan.

EXIM BANK MERAIKAN RAMADAN BERSAMA KANAK-KANAK DARI PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN BIMBINGAN AT-TAQWA
Jun 14, 2017

KUALA LUMPUR, Rabu (14 Jun 2017) - Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadan yang mulia, Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank), hari ini menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Bersama kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong. Tahun ini, majlis diadakan di Masjid UTM, Kuala Lumpur.

Majlis yang setiap tahun diadakan pada bulan Ramadan ini adalah merupakan acara tahunan oleh EXIM Bank bertujuan untuk mengukuhkan perpaduan serta mengeratkan ukhwah dan keprihatinan disamping menyemarakkan semangat bersedekah. Seramai 60 orang kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa, Puchong menjadi tetamu khas pada malam itu.

Ditubuhkan pada tahun 2011 dan terletak di Taman Putra Perdana Puchong, Pertubuhan Kebajikan dan Bimbingan At-Taqwa adalah rumah kepada kira-kira 60 anak-anak yatim yang berumur diantara 5 hingga 18 tahun. Sumber pendapatan rumah ini bergantung kepada sumbangan daripada badan-badan korporat, orang ramai dan pendapatan dari penduduk sekitar bagi menampung perbelanjaan harian mereka.

Bercakap di majlis itu, Y.Bhg. Dato’ Agil Natt berkata “Usaha begini juga menunjukkan bahawa hubungan antara Bank dan komuniti tidak semestinya terbatas kepada program kewangan dan perniagaan semata-mata tetapi boleh meliputi pelbagai aktiviti termasuk yang berbentuk kemasyarakatan.”

“Pada Bulan Ramadan yang mulia ini setiap umat Islam digalakkan untuk membuat kebajikan bagi mendapat keredhaan Allah swt. Ini termasuklah berbuat baik kepada anak yatim. Ianya bukan sahaja menjadi ruang untuk kami menjalankan tanggungjawab sosial korporat kami, tetapi juga untuk membawa kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik,” tambah Dato’ Agil Natt.

Pihak EXIM Bank turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada pertubuhan tersebut dan RM3,000 kepada pihak masjid menerusi Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif , Y.Brs Puan Norzilah Mohammed dan disaksikan oleh Ahli Lembaga Pengarah EXIM Bank, Y.Bhg. Dato’ Agil Natt. Majlis turut diserikan dengan pemberian sumbangan berbentuk cenderahati, beg sekolah dan duit raya serta pakaian keperluan untuk beribadah.

Tetamu kemudiannya dijemput untuk menikmati juadah berbuka yang disediakan disusuli dengan Solat Isya’ dan Terawih secara berjemaah.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ahli Lembaga Pengarah, warga kerja EXIM Bank dan penduduk setempat. Majlis seumpama ini akan terus dianjurkan oleh EXIM Bank dari masa ke semasa bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan serta kurang bernasib baik.

EXIM BANK MALAYSIA DENGAN KERJASAMA CREDIT GUARANTEE CORPORATION MENJEMPUT 171 ANAK YATIM KE ZOO NEGARA
April 26, 2017

KUALA LUMPUR, Rabu (26 April 2017) – Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) dengan kerjasama Credit Guarantee Coporation Malaysia Berhad (CGC) hari ini meraikan 171 anak yatim daripada Madrasah Hashimiah (MH) dengan penuh keriangan di Zoo Negara.

Madrasah Hashimiah (MH) yang terletak di Selayang merupakan rumah anak yatim yang menempatkan lebih daripada seratus kanak-kanak Rohingya berumur diantara 4 hingga 18 tahun. Sumber pendapatan rumah anak yatim ini hanya bergantung kepada sumbangan daripada badan-badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), pertubuhan kebajikan, zakat dan sumbangan peribadi bagi menampung perbelanjaan harian mereka.

Idea untuk membawa anak-anak yatim ke Zoo Negara ini bertujuan untuk memberi peluang kepada mereka menjalani aktiviti luaran disamping menimba ilmu berkenaan pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan di Zoo Negara. Anak-anak ini dibawa melawat ke sekitar zoo dan diberi penerangan tentang jenis-jenis haiwan dan kepentingan haiwan ini kepada ekosistem. Mereka juga telah dibawa untuk menyaksikan persembahan sepasang burung ‘Macaw’ yang telah ditaja oleh EXIM Bank sendiri di Zoo Negara.

Pada awal tahun juga, EXIM Bank telah memberi sumbangan kepada Madrasah Hashimiah (MH) untuk membeli keperluan harian dan makanan bagi penjagaan rumah.

Kerjasama tanggungjawab sosial korporat buat julung kalinya yang diadakan di antara kedua Institusi Kewangan ini telah dihadiri oleh wakil pengurusan kanan kedua-dua organisasi iaitu Datuk Mat Noor, Pengerusi EXIM Bank, Dato’ Agil Natt, Pengerusi CGC, Datuk Mohd Zamree, CGC P/CEO dan Pn. Norzilah Mohammed, EXIM Bank P/CEO. Selain daripada memupuk semangat perkongsian, kerjasama ini juga menandakan satu lagi pencapaian oleh EXIM Bank dalam usaha untuk menambah baik program tanggungjawab sosial korporat di masa hadapan.

PROGRAM ADVOKASI & PENCEGAHAN KEMALANGAN DAN SARINGAN KESIHATAN PERKESO DI EXIM BANK
April 06, 2017

KUALA LUMPUR, Khamis (6 April 2017) – Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) hari ini mengadakan Program Advokasi & Pencegahan Kemalangan serta Program Saringan Kesihatan yang bertujuan memberikan pendedahan mengenai amalan-amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

“Kesedaran keselamatan di tempat kerja termasuk pemanduan berhemah di jalan raya adalah satu aspek yang amat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua pihak. Pekerja adalah aset kepada majikan dan juga negara. Kehilangan tenaga kerja ataupun ‘downtime’ berpunca daripada kemalangan akan meninggalkan kesan bukan sahaja kepada keadaan fizikal, mental dan emosi pekerja malah memberikan impak kepada keluarga, produktiviti organisasi dan negara amnya”, kata President dan Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank, Puan Norzilah Mohammed.

Menurut Norzilah lagi, program seperti ini juga diharapkan akan dapat memupuk kesedaran masyarakat bertapa pentingnya menjaga keselamatan diri sebagai pengguna jalan raya dengan mengambil langkah-langkah awal pencegahan kemalangan.

Kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia (JKJR) dalam menyampaikan informasi, memberikan taklimat dan juga mengadakan pameran keselamatan adalah langkah proaktif yang disediakan bagi mempertingkatan ilmu dan pengetahuan ke arah mementingkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan lebih baik agar kadar kemalangan terutamanya di kalangan pekerja-pekerja dapat dikurangkan.

“Di samping program ‘Adovokasi & Pencegahan Kemalangan’ pihak EXIM Bank dan PERKESO juga menyediakan kemudahan saringan kesihatan seperti ujian darah, urine FEME, fasting lipid profile dan pap smear yang bertujuan sebagai langkah ‘early detection’ untuk membantu kakitangan” tambah Norzilah.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kuala Lumpur, En. Fuad Alias dan Pengurusan Kanan EXIM Bank.

MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN PERALATAN PERUBATAN DARIPADA EXIM BANK MALAYSIA BERNILAI RM100,000 KEPADA HOSPITAL KUALA LUMPUR
Februari 27, 2017

KUALA LUMPUR, Isnin (27 Februari 2017) – Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) hari ini menyerahkan sumbangan peralatan perubatan bernilai RM100,000 kepada Hospital Kuala Lumpur. Peralatan perubatan ini termasuk oksigen ‘concentrator’, mesin pernafasan, tilam ‘ripple’ dan kerusi roda akan diberikan kepada Unit Pediatrik, Geriatrik dan Ortopedik.

Sumbangan peralatan tambahan ini adalah sebagai pelengkap kepada peralatan yang sedia ada bagi menampung peningkatan pesakit. HKL telah merawat seramai 1.3 juta pesakit pada tahun 2016.

Pada majlis yang ringkas ini, Y.Brs. Puan Norzilah Mohammed, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank telah menyampaikan replika cek kepada YBhg. Dato Dr. Zaininah Mohd Zain, Pengarah HKL. “Menerusi sumbangan ini, diharap dapat membantu pihak HKL dalam meningkatkan perkhidmatan yang berterusan kepada masyarakat,” kata Puan Norzilah.

Turut hadir di majlis ini termasuk pegawai kanan daripada EXIM Bank dan pegawai-pegawai Hospital Kuala Lumpur.

MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT EXIM BANK DI PULAU PINANG
Februari 17, 2017

PULAU PINANG, Jumaat (17 Februari 2017) – Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) hari ini menyerahkan sumbangan wang zakat kepada asnaf fakir miskin di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Majlis ini telah dijayakan oleh Y.Brs. Puan Norzilah Mohammed, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank. Sumbangan zakat berjumlah RM183,00.00 telah diagihkan kepada 183 golongan asnaf fakir dan miskin.

Majlis seumpama ini adalah merupakan acara tahunan bagi EXIM Bank dan sejumlah RM1.3 juta sumbangan zakat akan disampaikan di sekitar Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu dan Sarawak pada tahun ini.

Pihak EXIM Bank turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada wakil Nazir Masjid Jamek Seberang Jaya, Tuan Hj Omar Hassan untuk kegunaan masjid tersebut.

DONATION AND ZAKAT DISTRIBUTION FOR MADRASAH HASHIMIAH TAHFIZ AL-QURAN & ANAK YATIM SELAYANG, KUALA LUMPUR.
Januari 20, 2017

KUALA LUMPUR, Friday (20 Jan 2017) – In the spirit of caring and giving, Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) today brought cheer to the orphans at Madrasah Hashimiah Tahfiz Al-Quran & Anak Yatim. Among these 171 muslim orphans, 4 of them are local while the rest are Rohingya refugees ranging from the age of 4 years old up to 17 years old.

Chairman of EXIM Bank Malaysia, Y. Bhg. Datuk Mat Noor Nawi gave away the cheque to the founder, Ustaz Al-Hafiz Hashim B Kasim. Apart from the cheque, EXIM Bank Malaysia had also contributed the home with basic necessities for their keeping and daily expenses valued at RM10,000.

EXIM Bank will continue to organize CSR programs from time to time to help the needy and less fortunate.