14 Ogos 2020
MALAM WARTAWAN MALAYSIA 2020 - MPI TERIMA SUMBANGAN RM335,000 ANJUR ACARA

KUALA LUMPUR: Institut Akhbar Malaysia (MPI) menerima sumbangan RM335,000 daripada 27 syarikat korporat, pertubuhan media dan agensi kerajaan bagi menjayakan penganjuran Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2020.

MWM2020 yang dijadualkan berlangsung pada 11 September ini, selepas lima bulan tertangguh akibat pandemik COVID-19 mempertandingkan Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI PETRONAS 2019 (HKM 2019).

Pengerusi MWM2020, Datuk Dr Chamil Wariya, berkata jumlah sumbangan tahun ini merosot, berbanding RM423,500 yang diterima tahun lalu.

“Tahun lalu kami menerima sumbangan sebanyak RM423,500 daripada 42 organisasi iaitu berkurangan sebanyak RM88,500.”

“Bagaimanapun, kita tetap bersyukur kerana sebagai yayasan yang tidak bermotifkan keuntungan, jumlah diterima akan dibelanjakan secara berhemah untuk penganjuran MWM2020,” katanya pada Majlis Meraikan Penyumbang MWM2020 di sini, semalam.

Selain PETRONAS, penyumbang lain adalah Tenaga Nasional Berhad, Sarawak Energy Berhad, DRB-Hicom Berhad, Ambank Group Berhad dan EXIM Bank (M) Berhad.

Chamil yang juga Ketua Pegawai EksekutifMPI berkata,penaja utama, PETRONAS mengekalkan sumbangan sebanyak RM300,000.

Katanya, HKM 2019 menerima sebanyak306 penyertaandengan sejumlah 522 karya untuk dihakimi bagi 20 kategori yang ditawarkan.

“Penyertaan kali ini mencatatkan peningkatan sebanyak 38 penyertaan berbanding yang diterima tahun lalu.

“Tahun ini juga menampilkan kategori baharu iaitu KewartawananMultimediaTerbaikyang menggantikan kategori Laporan Portal Berita Terbaik yang mula diperkenalkan sejak HKM 2015.

“Perkembangan ini membayangkan minat terhadap HKM yang berusia 39 tahun kekal membara di samping tarikan hadiah tunai RM10,000 bagi setiap kategori dan RM30,000 untuk Hadiah Kajai,” katanya.

For more information and news coverage of the event, please click on the following links:

Berita Harian