Apakah Takaful Kredit?

 

"Takaful Kredit memberikan perlindungan terhadap risiko kegagalan pembayaran oleh pembeli akibat risiko komersial dan/atau politik. Takaful Kredit merupakan kemudahan paling penting bagi Pengeksport Malaysia untuk memperoleh pembayaran bagi eksport dan import mereka sama ada daripada pembeli atau dari EXIM Bank melalui tuntutan Takaful."

Apakah Takaful Kredit?

MODEL TAKAFUL EXIM BANK

EXIM Bank mengguna pakai model Takaful Wakalah dan Mudarabah, yang melaluinya EXIM Bank bertindak sebagai Pengurus/Wakil bagi kumpulan dana yang disumbangkan oleh para Peserta. Sebagai balasan daripada menguruskan dana itu, EXIM Bank berhak menerima fi Wakalah mengikut kadar yang dipersetujui bersama. Manakala sumbangan selebihnya akan dikumpulkan dalam dana Tabarru' untuk membayar tuntutan. Dana Tabarru' diuruskan di bawah kontrak Mudarabah (perkongsian untung), iaitu apa-apa keuntungan yang timbul daripada pelaburan yang dibuat boleh diagihkan kepada pihak yang berkontrak dalam nisbah yang dipersetujui.

MANFAAT TAKAFUL KREDIT

  1. Ketenangan fikiran memandangkan pembayaran adalah terjamin
  2. Margin tanggung rugi yang tinggi sehingga 90 - 95%
  3. Menggalakkan keusahawanan dengan membolehkan pengeksport Malaysia meneroka pasaran baharu
  4. Menggalakkan daya saing pengeksport Malaysia melalui syarat yang lebih baik ditawarkan kepada pembeli luar negara.
  5. Menambah baik pengurusan kredit belum terima dan pemungutan semula hutang melalui saringan secara profesional ke atas pembeli luar negara oleh EXIM Bank
  6. Memudahkan pembiayaan perdagangan memandangkan polisi Takaful boleh diserah hak kepada bank sebagai sekuriti
  7. Pelepasan Cukai Potongan Dua Kali bagi sumbangan yang dibayar
  8. Diskaun tanpa tuntutan
  9. Perkongsian keuntungan pelaburan (jika berkenaan)
Keupayaan untuk mengeksport produk berdasarkan syarat kredit dengan skim Takaful ini akan menjadikan produk anda lebih berdaya saing dalam pasaran antarabangsa.