Takaful Kredit memberikan perlindungan terhadap risiko kegagalan pembayaran oleh pembeli akibat risiko komersial dan/atau politik. Takaful Kredit merupakan kemudahan paling penting bagi Pengeksport Malaysia untuk memperoleh pembayaran bagi eksport dan import mereka sama ada daripada pembeli atau dari EXIM Bank melalui tuntutan Takaful.