TAKAFUL KREDIT PERDAGANGAN

Pedagang dan pengilang Malaysia tidak perlu teragak-agak untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi meningkatkan daya saing/mendapatkan kelebihan. Takaful Kredit Perdagangan (Trade Credit Takaful, TCT) dari EXIM Bank menjamin pembayaran masa depan anda bagi pengeksportan/penjualan barangan atau perkhidmatan, sama ada daripada pembeli luar negara/tempatan anda atau daripada EXIM Bank melalui Takaful.

Terdapat 3 jenis perlindungan Takaful Kredit Perdagangan:

  • Eksport
  • Domestik
  • Import
Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk.
 
Eksport
 
Kontrak Syariah
Wakalah-Mudarabah
Tujuan
Melindungi risiko kegagalan pembayaran oleh Pembeli Luar Negara.
Risiko yang Dilindungi
RISIKO KOMERSIAL
  1. Ketakmampuan bayar Pembeli
  2. Kemungkiran pembayaran Pembeli
  3. Kegagalan pembeli menerima barang
RISIKO POLITIK & NEGARA
  1. Sekatan atau kelewatan dalam pemindahan bayaran
  2. Pengenaan lesen import
  3. Pembatalan lesen import
  4. Peperangan antara negara Pembeli dengan Malaysia
  5. Peperangan, revolusi dan kekacauan awam di negara Pembeli
  6. Kemungkiran oleh Pembeli Kerajaan
Peratus Perlindungan
Sehingga 90% bagi risiko komersial dan 95% bagi risiko politik dan negara.
Syarat Pembayaran
Surat Kredit Tidak Boleh Batal (ILC), Dokumen Atas Pembayaran (DP), Dokumen Atas Penerimaan (DA) dan Akaun Terbuka (OA).
Tempoh Perlindungan
Tempoh kredit sehingga 180 hari
Kadar Sumbangan
Kadar sumbangan ditentukan berdasarkan:
  1. Syarat pembayaran
  2. Penggredan Pasaran
  3. Pengalaman Perdagangan dan Tuntutan
  4. Perolehan penuh atau Polisi terpilih
Peserta yang Layak
  1. Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 termasuk Bank dan Institusi Kewangan lain seperti syarikat pemfaktoran.
  2. Pengeksport mestilah melibatkan diri dalam perniagaan eksport. Tiada volum minimum.
  3. Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 2 tahun.
  4. Tiada rekod buruk di dalam pangkalan data kredit.
  5. Modal berbayar minimum sebanyak RM100,000.
  6. Bukti eksport sepanjang tempoh 12 bulan sebelumnya.
Pembeli yang Layak
Untuk dinilai oleh Jabatan Pengunderaitan
Fi dan Caj
  1. Fi CLA (Prasemakan): RM250 bagi setiap pembeli
  2. Fi CLA: RM250 bagi setiap pembeli
  3. Penilaian Tahunan Pembeli: RM250
Tempoh Sijil
Sijil dikeluarkan untuk 12 bulan dan boleh diperbaharui pada setiap tahun.
Permulaan Perlindungan
Pendedahan risiko bermula apabila barang dihantar kepada Pembeli luar negara.
Bayaran Tuntutan
Sebab Kerugian & Tempoh Menunggu Tuntutan
  1. Ketakmampuan bayar pembeli
    Serta-merta
  2. Kemungkiran pembayaran
    6 bulan selepas tarikh matang pembayarann
  3. Tidak menerima barang
    1 bulan selepas barang dijual semula
  4. Kelewatan pemindahan
    4 bulan selepas bayaran didepositkan dalam mata wang yang dipilihy
  5. Lain-lain
    4 bulan selepas tarikh kejadian
Pelepasan Cukai
Berhubung dengan sumbangan TCT (Eksport) yang dibayar, Peserta layak mendapat pelepasan cukai potongan dua kali di bawah Seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan 1967. Sijil Cukai akan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) bulan selepas berakhirnya tahun kewangan Peserta.

Domestik
 
Kontrak Syariah
Wakalah-Mudarabah
Tujuan
Melindungi risiko kegagalan pembayaran oleh Pembeli Domestik.
Jenis Perlindungan
RISIKO KOMERSIAL
  1. Ketakmampuan bayar Pembeli/Bank Pengeluar
  2. Kemungkiran pembayaran
Peratus Perlindungan
Sehingga 90% daripada kerugian yang ditanggung
Syarat Pembayaran
Surat Kredit Tidak Boleh Batal (ILC), Dokumen Atas Pembayaran (DP), Dokumen Atas Penerimaan (DA) dan Akaun Terbuka (OA).
Tempoh Perlindungan
Tempoh kredit sehingga 180 hari
Kadar Sumbangan
Kadar sumbangan ditentukan berdasarkan:
  1. Syarat pembayaran
  2. Pengalaman Perdagangan dan Tuntutan
  3. Perolehan penuh atau Polisi terpilih
Peserta yang Layak
  1. Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 termasuk Bank dan Institusi Kewangan lain seperti syarikat pemfaktoran.
  2. Pengeksport mestilah melibatkan diri dalam perniagaan eksport. Tiada volum minimum.
  3. Telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 2 tahun.
  4. Tiada rekod buruk di dalam pangkalan data kredit.
  5. Modal berbayar minimum sebanyak RM100,000.
  6. Bukti eksport sepanjang tempoh 12 bulan sebelumnya.
Pembeli yang Layak
  1. Syarikat Malaysia yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 termasuk Syarikat yang Dikawal oleh Bukan Pemastautin
  2. Pembeli mestilah mempunyai sekurang-kurangnya modal berbayar minimum sebanyak RM100,000
  3. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 3 tahun
  4. Jualan minimum sebanyak RM1.0 juta
  5. Tiada rekod buruk
Fee and Charges
  1. Fi CLA: RM50 bagi setiap pembeli
  2. Penilaian Tahunan Pembeli: RM50
Tempoh Sijil
Sijil dikeluarkan untuk 12 bulan dan boleh diperbaharui pada setiap tahun.
Permulaan Perlindungan
Pendedahan risiko bermula selepas Pembeli Domestik menerima barang.
Bayaran Tuntutan
Sebab Kerugian & Tempoh Menunggu Tuntutan
  1. Ketakmampuan bayar pembeli
    Serta-merta
  2. Kemungkiran pembayaran
    6 bulan selepas tarikh matang pembayaran
  3. Tidak menerima barang
    T/B
  4. Kelewatan pemindahan
    T/B
  5. Lain-lain
    T/B
Pelepasan Cukai
Berhubung dengan sumbangan TCT yang dibayar, Peserta layak mendapat pelepasan cukai potongan dua kali di bawah Seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan 1967. Sijil Cukai akan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) bulan selepas berakhirnya tahun kewangan Peserta.

Import
 
Kontrak Syariah
Wakalah-Mudarabah
Tujuan
Melindungi risiko kemungkiran atau kegagalan pembayaran oleh Pembeli Domestik yang timbul daripada urus niaga dagangan import barang strategik.
Risiko yang Dilindungi
RISIKO KOMERSIAL
  1. Ketakmampuan bayar Pembeli/Bank Pengeluar
  2. Kemungkiran pembayaran
Peratus Perlindungan
Sehingga 90% daripada kerugian yang ditanggung
Syarat Pembayaran
Surat Kredit Tidak Boleh Batal (ILC), Dokumen Atas Pembayaran (DP), Dokumen Atas Penerimaan (DA) dan Akaun Terbuka (OA).
Tempoh Perlindungan
Tempoh kredit sehingga 180 hari
Kadar Sumbangan
Kadar sumbangan ditentukan berdasarkan:
  1. Syarat pembayaran
  2. Pengalaman Perdagangan dan Tuntutan
  3. Perolehan penuh atau Polisi terpilih
Peserta yang Layak
Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 yang merupakan Pengeksport Langsung atau Pengimport Langsung.