TAKAFUL KREDIT PERDAGANGAN BANK

Takaful Kredit Perdagangan Bank (Bankers Trade Credit Takaful, BTCT) ialah Takaful Kredit yang dirangka untuk melindungi Institusi Kewangan Islam (Islamic Financial Institutions, IFI) daripada risiko kegagalan pembayaran oleh pengeksport mereka yang timbul daripada kemungkiran oleh pembeli luar negara. Kemudahan ini disediakan bersandarkan kemudahan pembiayaan perdagangan menurut syarat perdagangan seperti Akaun Terbuka, Pungutan Berdokumen dan/atau Surat Kredit.

Jenis produk:

  • BTCT (Eksport)
  • BTCT (Import)
Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk.

Antara Ciri utama BTCT:
 
Export
 
Kontrak Syariah
Wakalah-Mudarabah
Risiko yang Dilindungi
Risiko Komersial:
  1. Kemungkiran Pembeli/Pengeksport yang berpanjangan
  2. Ketakmampuan bayar Pembeli/ Pengeksport
  3. LC tidak diterima
Risiko Negara & Politik:
  1. Risiko pemindahan
  2. Berlakunya peperangan, revolusi dan kekacauan awam
  3. Kemungkiran oleh pembeli awam (milik Kerajaan)
Jenis Perlindungan
  1. Pendahuluan diberikan kepada pengeksport berdasarkan bukti penghantaran barang eksport
  2. Pembiayaan eksport belum terima
  3. Tiada pembayaran balik hasil ILC oleh bank pengeluar luar negara disebabkan oleh ketakmampuan bayar, kemungkiran, peperangan, kekacauan awam dan kelewatan pemindahan (untuk Perlindungan LC)
  4. Perlindungan akan diberikan kepada pembiayaan yang patuh Syariah.
Perlindungan Minimum
Perlindungan minimum bagi setiap pengeksport sebanyak RM100,000 atau yang bersamaan dengannya dalam mata wang asing.
Peratus Perlindungan
  1. 70% daripada bil Eksport atau pendahuluan kepada Pengeksport
  2. 95% daripada Nilai LC
Syarat Pembayaran
Surat Kredit Tidak Boleh Batal (ILC), Dokumen Atas Pembayaran (DP), Dokumen Atas Penerimaan (DA) dan Akaun Terbuka (OA).
Kadar Sumbangan
Kadar sumbangan ditentukan berdasarkan:
  1. Syarat pembayaran
  2. Penggredan Pasaran
  3. Pengalaman Perdagangan dan Tuntutan
  4. Perolehan penuh atau polisi terpilih
Pendahuluan yang Layak
  1. Pendahuluan oleh IFI melalui pendiskaunan / pembelian / perundingan dokumen eksport
  2. Pendahuluan oleh IFI terhadap bil eksport yang dihantar untuk pungutan
Pendahuluan yang Tidak Layak
  1. Pendahuluan kepada pengeksport tak langsung
  2. Caj pembiayaan yang perlu dibayar oleh pengeksport
  3. Urus niaga bukan perdagangan, iaitu projek atau kontrak untuk perkhidmatan
  4. Pendahuluan yang tidak berkaitan dengan eksport
Institusi yang Layak
  1. Bank Islam tempatan
  2. Bank Islam Asing yang ditubuhkan di dalam negara
  3. Syarikat Pemfaktoran yang disokong oleh Bank yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 dengan sekurang-kurangnya 51% saham dimiliki oleh Institusi Kewangan dan telah beroperasi selama tiga (3) tahun dalam Perniagaan Pembiayaan Perdagangan
Pengeksport / Pengimport yang Layak
  1. Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 dan mestilah merupakan pengeksport langsung
  2. Termasuk NRCC
Pembeli yang Layak
  1. Syarikat Sendirian Berhad atau yang setara dengannya
  2. Perniagaan mestilah telah beroperasi selama lebih daripada dua (2) tahun
  3. Tiada rekod buruk
  4. Modal berbayar tidak kurang daripada USD100,000 atau yang bersamaan dengannya. Nilai ketara bersih tidak kurang daripada USD100,000
  5. Negara pembeli mestilah bukan dari negara di luar perlindungan
Urus Niaga yang Layak
Berdasarkan pendahuluan yang diberikan oleh IFI bagi atau perundingan dokumen eksport/import. LC mestilah bukan dari negara di luar perlindungan.
Fi dan Caj
  1. Fi CLA (Prasemakan): RM250 bagi setiap pembeli
  2. Fi CLA: RM250 bagi setiap pembeli
Tempoh Sijil
Sijil dikeluarkan untuk 12 bulan atau tempoh lain yang boleh diterima oleh EXIM Bank dan boleh diperbaharui setiap tahun.
Permulaan Perlindungan
Pendedahan risiko bermula apabila barang dihantar kepada Pembeli Luar Negara.

 

Import
 
Kontrak Syariah
Wakalah-Mudarabah
Risiko yang Dilindungi
Risiko Komersial:
  1. Ketakmampuan bayar pembeli tempatan / pengimport Malaysia
  2. Kemungkiran pembeli tempatan/pengimport Malaysia yang berpanjangan
Jenis Perlindungan
  1. Pendahuluan diberikan kepada Pengimport berdasarkan LC atau Pungutan Berdokumen
  2. Pembiayaan Invois
  3. Perlindungan akan diberikan kepada pembiayaan yang patuh Syariah.
Perlindungan Minimum
Perlindungan minimum bagi setiap pengeksport sebanyak RM100,000 atau yang bersamaan dengannya dalam mata wang asing.
Peratus Perlindungan
Sehingga 90% daripada kerugian yang ditanggung
Syarat Pembayaran
Surat Kredit Tidak Boleh Batal (ILC), Dokumen Atas Pembayaran (DP), Dokumen Atas Penerimaan (DA) dan Akaun Terbuka (OA).
Kadar Sumbangan
Kadar sumbangan ditentukan berdasarkan:
  1. Syarat pembayaran
  2. Penggredan Pasaran
  3. Pengalaman Perdagangan dan Tuntutan
  4. Perolehan penuh atau polisi terpilih
Pendahuluan yang Layak
Pendahuluan oleh IFI bagi import barang Strategik
Pendahuluan yang Tidak Layak
  1. Caj pembiayaan yang perlu dibayar oleh pengimport
  2. Urus niaga bukan perdagangan
  3. Pengimportan barang tidak strategik
Institusi yang Layak
  1. Bank Islam tempatan
  2. Bank Islam Asing yang ditubuhkan di dalam negara
  3. Syarikat Pemfaktoran yang disokong oleh Bank yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 2016 dengan sekurang-kurangnya 51% saham dimiliki oleh Institusi Kewangan dan telah beroperasi selama tiga (3) tahun dalam Perniagaan Pembiayaan Perdagangan
Pengeksport/Pengimport yang Layak
  1. Syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 dan mestilah merupakan pengeksport langsung
  2. Termasuk NRCC
Pembeli yang Layak
  1. Syarikat Malaysia yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 termasuk Syarikat yang Dikawal oleh Bukan Pemastautin
  2. Pembeli mestilah mempunyai sekurang-kurangnya modal berbayar minimum sebanyak RM100,000
  3. Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya selama 3 tahun
  4. Jualan minimum sebanyak RM1.0 juta
  5. iada rekod buruk
Urus Niaga yang Layak
Berdasarkan pendahuluan yang diberikan oleh IFI bagi atau perundingan dokumen eksport/import. LC mestilah bukan dari negara di luar perlindungan
Fi dan Caj
Fi CLA: RM50 bagi setiap pembeli
Tempoh Sijil
Sijil dikeluarkan untuk 12 bulan atau tempoh lain yang boleh diterima oleh EXIM Bank dan boleh diperbaharui setiap tahun.
Permulaan Perlindungan
Pendedahan risiko bermula selepas Pembeli Domestik menerima barang.