Kontraktor dan pengilang Malaysia yang melaksanakan kontrak eksport barang modal, projek turnkey, kerja pembinaan atau pemberian khidmat di luar negara tidak perlu terlalu bimbang tentang risiko kegagalan pembayaran pembeli luar negara mereka atau pemberi kontrak. Takaful Khusus (Specific Takaful, ST) kami menjamin pembayaran masa depan anda bagi pengeksportan barangan modal atau perkhidmatan, sama ada daripada pembeli luar negara/pemberi kontrak anda atau daripada EXIM Bank melalui tuntutan Takaful.

Takaful khusus merupakan sijil perlindungan bagi kontraktor Malaysia yang menjalankan projek terhadap kemungkiran pembayaran oleh pemberi kontrak atau bank pengeluar (bagi Surat Kredit Tunggu Sedia).

Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk.

 
Kontrak Syariah
 
Eksport / Domestik
Wakalah-Mudarabah

 

Risiko yang Dilindungi
 
Eksport
Risiko Komersial
  1. Ketakmampuan bayar pembeli
  2. Kemungkiran pembayaran
Risiko Ekonomi
  1. Sekatan atau kelewatan dalam pembayaran pemindahan
  2. Pengenaan sekatan import
  3. Pembatalan lesen import sah
Risiko politik
  1. Berlakunya peperangan antara negara pembeli dengan Malaysia
  2. Berlakunya peperangan, permusuhan, revolusi atau kekacauan awam lain yang sama di negara pembelipemindahan bayaran
Peristiwan atau Kejadian yang Tidak Dapat Dijangka
  1. Sebab-sebab lain kehilangan yang berlaku di luar Malaysia, yang di luar kawalan sama ada pengeksport atau pembeli
Domestik
Risiko Komersial
  1. Ketakmampuan bayar pembeli
  2. Kemungkiran pembayaran
Risiko Ekonomi
  1. Sekatan atau kelewatan dalam pemindahan bayaran kerana ketidakbolehan punukaran mata wang.

 

Jenis Eksport / Kontrak
 
Eksport
  1. Projek/kontrak sekali sahaja tetapi mungkin mempunyai penghantaran berulang-ulang megikut keperluan kontrak.
  2. Perlu mempunyai kandungan Malaysia sekurang-kurangnya tiga puluh peratus (30%).
Domestik
Projek/kontrak sekali sahaja tetapi mungkin mempunyai penghantaran berulang-ulang megikut keperluan kontrak tertakluk kepada tempoh sah kontrak dan jumlah kerugian adalah dalam had yang dibenarkan atau didalam bidang kekuasaan, yang mana lebih awal.

 

Peratus Perlindungan
 
Eksport / Domestik
Sehingga 90% untuk risiko komersial dan 95% untuk risiko politik dan negara.

 

Syarat Pembayaran
 
Eksport / Domestik
Semua penghantaran yang dibuat di bawah kontrak membuat kesimpulan atas terma pembayaran Surat Kredit (LC), Dokumen atas Pembayaran (DP), Dokumen atas Penerimaan (DA) dan Akaun Terbuka (OA) boleh diterima.

 

Kadar Sumbangan
 
Eksport / Domestik
Kadar sumbangan bergantung kepada penggredan pasaran EXIM Bank dengan perniagaan yang dilakukan dan syarat-syarat pembayaran. Secara umum, premium adalah bergantung kepada syarat-syarat risiko pasaran dan kredit.

 

Fi dan Caj
 
Eksport / Domestik
Fi pemprosesan ialah: RM1,000 bagi setiap permohonan.
(Tidak terpakai kepada kepada PKS)

 

Permulaan Perlindungan
 
Export / Domestic
Perlindungan bermula sama ada dari tarikh kontrak tersebut atau dari tarikh penghantaran.

 

Tempoh menunggu tuntutan
 
Tempoh Menunggu Tuntutan
Ketakmampuan bayar pembeli
Eksport / Domestik
Serta-merta
 
Kemungkiran pembayaran
Eksport / Domestik
6 bulan selepas tarikh matang pembayaran
 
Penolakan penerimaan barang
Eksport
1 bulan selepas barang dijual semula
 
Domestik
T/B
 
Kelewatan pemindahan
Eksport / Domestik
4 bulan selepas mendepositkan bayaran dalam mata wang yang dipilih
 
Lain-lain
Eksport / Domestik
4 bulan selepas tarikh kejadian

 

Pelepasan Cukai
 
Eksport / Domestic
Berhubung dengan sumbangan ST (Eksport) yang dibayar, Peserta layak mendapat pelepasan cukai potongan dua kali di bawah Seksyen 33 Cukai Pendapatan 1967. Sijil Cukai akan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) bulan selepas berakhirnya tahun kewangan Peserta.