Trend melabur dalam ekonomi pasaran yang pesat membangun semakin mendapat momentum dalam kalangan usahawan Malaysia. Sebagai pelabur, anda mampu menilai aspek komersial semasa menjalankan perniagaan di luar negara. Namun, anda mungkin teragak-agak untuk menyumbang modal anda ke dalam satu projek terutamanya jika anda melihat kestabilan politik jangka panjang yang tidak menentu di negara tuan rumah. Justeru itu, demi mengatasi keraguan anda dan meredakan kebimbangan anda, Takaful Pelaburan Luar Negara (Overseas Investment Takaful, OIT) EXIM Bank boleh membantu untuk melindungi pelaburan anda dan seterusnya keuntungan anda.

Maklumat terperinci boleh dirujuk di dalam Lembaran Pendedahan Produk.

 
Takaful Pelaburan Luar Negara
 
Kontrak Syariah
Wakalah-Mudarabah
Risiko yang Dilindungi
Program Takaful Pelaburan Luar Negara EXIM Bank memberikan perlindungan sehingga 100% daripada kerugian anda terhadap risiko berikut:
 
Sekatan Pemindahan
Melindungi kerugian anda yang timbul daripada ketidakupayaan untuk menukar, contohnya dividen, keuntungan, pembayaran balik pembiayaan yang diterima dalam mata wang tempatan disebabkan oleh:
  1. Kelewatan yang melampau
  2. Perubahan undang-undang atau peraturan
  3. Kekurangan pertukaran asing
Perampasan Hak Milik
Melindungi kerugian anda disebabkan oleh tindakan yang menyebabkan pelabur hilang pemilikan atau kawalan disebabkan oleh:
  1. Perampasan hak milik langsung
  2. Perampasan merayap
Peperangan & Kekacauan Awam
Melindungi kerugian anda yang berpunca daripada kerosakan fizikal pada aset ketara atau gangguan besar dalam perniagaan disebabkan oleh:
  1. Peperangan
  2. Revolusi
Pelanggaran Kontrak
Melindungi Pemegang Konsesi terhadap kerugian yang timbul daripada penolakan atau pelanggaran kontrak oleh pihak berkuasa kerajaan tuan rumah. Perlindungan boleh dipertimbangkan mengikut kes.
 
Perlindungan diberikan bagi tujuan patuh Syariah.
Peratus Perlindungan
Sehingga 100% daripada amaun yang diinsuranskan atau kerugian yang dialami, mengikut mana-mana yang mana lebih rendah, disebabkan oleh risiko politik.
Kadar Sumbangan
Kadar sumbangan ditentukan berdasarkan:
  1. Penggredan Negara
  2. Tempoh risiko prasemakan
  3. Tempoh risiko kredit
Pelaburan yang Layak
OIT boleh melindungi jenis pelaburan berikut;
  1. Ekuiti
  2. Pembiayaan Pemegang Saham
  3. Jaminan Pemegang Saham
  4. Pembiayaan Bank Perdagangan
  5. Aset Alih
Peserta yang Layak
Syarikat yang ditubuhkan di Malaysia serta mempunyai perniagaan utamanya di Malaysia termasuk Institusi Kewangan yang membiayai Projek/Pelaburan Luar Negara.
Fi dan Caj
  1. Fi pemprosesan sebanyak satu peratus (1%)* daripada jumlah yang dilindungi tertakluk pada minimum RM1,000 dan maksimum RM20,000 yang perlu dibayar setelah menerima Surat Tawaran ("LO").
  2. Jika jumlah yang dilindungi dalam mata wang asing, maka Fi Pemprosesan akan dikenakan sewajarnya dalam mata wang asing, dengan bayaran minimum dalam mata wang asing bersamaan RM1,000 dan maksima sehingga RM20,000
(*) tertakluk kepada Terma dan Syarat. Tidak terpakai kepada PKS.
Tempoh Sijil
  1. Sehingga 15 tahun
  2. Pelabur berhak menamatkan polisi selepas tahun ke-3. Jika berlaku kemungkiran, Pelabur perlu membayar 50% daripada jumlah sumbangan untuk tiga tahun tersebut
  3. Perlindungan tidak boleh dibatalkan melainkan pelabur gagal membayar sumbangan
Permulaan Perlindungan
Sebaik sahaja sumbangan dan fi dibayar sepenuhnya sekali sahaja selepas pelaksanaan Surat Tawaran.
Penyerahan Sijil
Sijil boleh diserah hak sebagai sekuriti.
Tempoh menunggu tuntutan
Sebab Kerugian & Tarikh Penentuan Rugi
  1. Sekatan Pemindahan
    Sehingga enam (6) bulan selepas cuba menukar atau memindahkan mata wang tempatan.
  2. Perampasan Hak Milik
    Sehingga empat (4) bulan selepas tamat tempoh 12 bulan dari tarikh bermulanya tindakan perampasan hak milik tersebut.
  3. Peperangan dan Kekacauan Awam
    Sehingga empat (4) bulan selepas dibuktikan kerosakan pada aset fizikal atau sehingga empat (4) bulan dari tamat tempoh 12 bulan selepas perusahaan projek menamatkan operasinya.
  4. Pelanggaran Kontrak
    Mestilah sekurang-kurangnya dua (2) tahun telah berlalu dari tarikh anda memulakan prosiding undang-undang atau bermulanya keputusan muktamad daripada forum kehakiman atau timbang tara, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pelepasan Cukai
Berhubung dengan sumbangan OIT yang dibayar, Peserta layak mendapat pelepasan cukai potongan dua kali di bawah Seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan 1967. Sijil Cukai akan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) bulan selepas berakhirnya tahun kewangan Peserta.