Mengenai Kami

  • line-element
    Mengenai EXIM Bank
Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) telah diperbadankan pada 29 Ogos 1995 sebagai Institusi Kewangan Pembangunan (DFI) milik kerajaan, yang ditugaskan untuk melaksanakan penyelesaian pembiayaan yang berkesan dan penyelesaian takaful untuk usaha niaga rentas sempadan.
Sebagai anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Inc.), Bank ini telah ditubuhkan bagi menggalakkan pelaburan berbalik dan eksport sektor strategik seperti barangan modal, projek infrastruktur, perkapalan, produk perkilangan nilai tambah dan untuk memudahkan kemasukan syarikat-syarikat milik Malaysia ke pasaran baharu, terutamanya kepada pasaran bukan tradisional.

Visi

Pembiaya & Penasihat Pilihan untuk Perniagaan Global.

Misi

Menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui kerjasama perdagangan dan pelaburan di seluruh dunia.

Mandat Yang Diamanahkan

Sebagai sebuah institusi kewangan pembangunan yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF (Inc.)) dan di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), peranan mandat EXIM Bank, seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan, adalah untuk menyediakan pembiayaan kredit, takaful kredit eksport dan perkhidmatan jaminan dan kemudahan untuk membiayai dan menyokong eksport dan import barangan, perkhidmatan dan projek serta pelaburan luar negara dengan memberi keutamaan kepada pasaran bukan tradisional.

Pelanggan

Pelanggan Bank adalah terdiri daripada syarikat-syarikat besar, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), kerajaan dan syarikat antarabangsa serta merangkumi semua sektor dari perdagangan, pembuatan, infrastruktur sehinggalah kepada perniagaan asas tani.

Pakatan Strategik

Dalam melaksanakan mandat yang diamanahkan, EXIM Bank meneruskan pakatan dengan persatuan dan organisasi antarabangsa/pelbagai hala dan juga telah melaksanakan beberapa perjanjian untuk meningkatkan lagi prospek perniagaan dan pasarannya.

Sehingga kini, EXIM Bank adalah ahli Berne Union, sebuah organisasi antarabangsa untuk Agensi Kredit Eksport; ahli Asian EXIM Banks Forum iaitu sebuah persatuan untuk 9 ahli EXIM Bank di Asia; The Aman Union dan Association of Development Financing Institutions in Asia and the Pacific.

Dalam usaha promosi eksportnya, EXIM Bank turut bekerjasama dengan agensi kerajaan Malaysia, termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Small And Medium Enterprise Corporation Malaysia (SMECorp), and Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB).

  • line-element
    Maklumat Korporat

Pejabat Berdaftar

Tingkat 15, EXIM Bank

Jalan Sultan Ismail,

50250 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Pemegang Saham

Menteri Kewangan Diperbadankan, Malaysia

Modal Berbayar

RM2.9 bilion

Penarafan

RAM: AAA, Moody’s: A3

Kekuatan Kakitangan Sedia Ada

322

Pejabat

Ibu Pejabat di Kuala Lumpur dan dua (2) pejabat perwakilan di Pulau Pinang dan Johor Bahru

Liputan Perniagaan

Perbankan dan Takaful/Insurans Kredit Perdagangan

Liputan Global

Transaksi perniagaan dan kemudahan untuk pelanggan di 52 buah negara merentasi 5 benua

Juru Audit

Ernst & Young
Level 23A, Menara Milenium, Jalan Damanlela Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur, MALAYSIA

Ikut kami

Laman web ini responsif mudah alih dan terbaik dilihat dalam Google Chrome dan Safari.

Maklumat Terkini

Kisah Kejayaan

Takaful & Insurans Kredit