Capaian Pantas

  • line-element
    Dasar Pemberian Maklumat (Whistleblowing)

Jika anda tahu sesuatu yang meragukan, sila lapor!

Buat perkara yang betul, biar kan Si Pelaku bertanggungjawab dengan perlakuannya!

Anda tahu berkenaan ini?

  • Rasuah
  • Suapan
  • Percanggahan Kepentingan
  • Pemalsuan Dokumen
  • Penipuan
  • Penyelewengan
  • Salah Guna Kuasa
  • Peras Ugut
  • Lain-lain aktiviti-aktiviti tidak beretika

Maklumkan pada kami:

Chairman, Directors, Shariah Committee, PCEO, Employees Lisan (Secara Bersemuka) bersama Pegawai Bertanggungjawab
Saluran ke: Designated Whistleblowing Officer (DWO)
Kamarulzaman Kamarudin Head,
Integrity & Investigation Department
Designated Whistleblowing Director (DWD)
Dato’ Sandra Wong,
Chairman & Board Audit Committee (BAC)
Saluran Pemberitahuan: Lisan
DWO bagi pihak Pemberi Maklumat hendaklah komited untuk menulis Pendedahan dan Pendedahan bertulis hendaklah disahkan oleh Pemberi Maklumat.

Surat
Designated Whistleblowing Officer,
Export-Import Bank of Malaysia Berhad,
P.O. Box 10176, Pejabat Pos Besar,
50706 Kuala Lumpur.

E-mel ke
whistleblower@exim.com.my
Lisan
DWD bagi pihak Pemberi Maklumat hendaklah komited untuk menulis Pendedahan dan Pendedahan bertulis hendaklah disahkan oleh Pemberi Maklumat.

Surat
Designated Whistleblowing Director,
Export-Import Bank of Malaysia Berhad,
P.O. Box 10176, Pejabat Pos Besar,
50706 Kuala Lumpur.

Polisi Pemberi Maklumat

Polisi Pemberi Maklumat ini bertujuan untuk menyokong secara langsung nilai-nilai Teras, Kod Etika dan Tadbir Urus EXIM Bank. EXIM Bank sentiasa mengharapkan agar pekerjanya meletakkan nilai integriti dan amanah yang tinggi didalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan. Ia juga bertujuan untuk menggalakkan dan membolehkan pekerja dan individu lain untuk menyalurkan kebimbangan kepada EXIM secara dalaman sebelum mencari penyelesaian luaran.

Polisi ini memberi peluang kepada semua kakitangan Bank, Pengarah, Pemegang Saham, Pelanggan, Perunding, Vendor, Kontraktor, Agensi atau mana-mana pihak yang mempunyai hubungan perniagaan dengan Bank untuk mendedahkan sebarang kelakuan yang tidak beretika atau penyelewengan menurut prosedur yang disediakan di bawah polisi ini dan untuk memberi perlindungan kepada pekerja dan pihak berkaitan yang melaporkan dakwaan tersebut.

Pendedahan tentang kelakuan dan penyelewengan yang tidak beretika, yang kemungkinan berlaku serta memberi risiko kepada Bank termasuk, tetapi tidak terhad kepada perkara-perkara berikut:

  1. Rasuah;
  2. Suapan;
  3. Percanggahan Kepentingan;
  4. Pemalsuan Dokumen;
  5. Penipuan;
  6. Penyelewengan;
  7. Salah Guna Kuasa;
  8. Peras Ugut.

Tertakluk kepada bidang kuasa tempatan yang berkuatkuasa, polisi ini terpakai kepada semua pekerja EXIM Bank dan pihak luar yang mempunyai urusan perniagaan dengan EXIM Bank. Dasar ini juga terpakai kepada orang ramai, jika berkaitan.

Bank akan mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan bahawa identiti dan maklumat peribadi Pemberi Maklumat akan dilindungi pada setiap masa dan disimpan secara rahsia, sehingga ke satu tahap yang munasabah melainkan jika ianya dikehendaki oleh undang-undang atau untuk tujuan apa-apa prosiding oleh Pihak Bank. Dalam kes sedemikian, Bank akan memaklumkan berkenaan pendedahan tersebut kepada Pemberi Maklumat sebelum identiti mereka didedahkan.

Seorang pemberi maklumat akan diberi perlindungan dan identitinya akan dirahsiakan, setakat yang munasabah ianya dapat dilaksanakan. Perlindungan sedemikian tetap akan diberikan walaupun siasatan kemudiannya mendedahkan bahawa pemberi maklumat itu silap mengenai fakta, peraturan dan prosedur yang terlibat.

Sebarang pendedahan tanpa nama akan dilayan dengan syarat, maklumat / bukti yang diterima adalah mencukupi dan tidak bersifat remeh. Tiada perlindungan akan diberikan kepada pemberi maklumat tanpa nama. Walau bagaimanapun, Pihak Bank berhak menyiasat sebarang pendedahan yang dibuat.

Sebarang pendedahan tanpa nama akan dilayan dengan syarat maklumat / bukti yang diterima adalah mencukupi dan tidak remeh. Tiada perlindungan akan diberikan kepada pemberi maklumat tanpa nama. Walau bagaimanapun, Bank berhak untuk menyiasat sebarang pendedahan tanpa nama.

EXIM Bank mempunyai hak untuk meminda polisi ini dari semasa ke semasa.

Soalan Lazim Berkaitan Polisi Pemberi Maklumat

Memberi maklumat ialah melaporkan salahlaku yang dilakukan oleh mana-mana individu atau organisasi yang disyaki telah melanggar polisi etika kerja didalam sesebuah organisasi berdasarkan kepercayaan munasabah si pemberi maklumat.

WBP merupakan medium kepada pemberi maklumat untuk melaporkan sebarang salah laku etika kerja secepat mungkin untuk disiasat tanpa sebarang implikasi terhadap pemberi maklumat.

Pemberi maklumat ialah individu yang melaporkan salah laku di tempat kerja. Pemberi maklumat akan diberikan perlindungan mengikut Polisi ini. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan selagi ia tidak menghalang atau merumitkan siasatan.

  1. Pengarah Bank;
  2. Pekerja Bank – termasuk pekerja tetap, di bawah tempoh percubaan dan sementara
  3. Pihak ketiga yang berurusan dengan Bank – ajen, peguam, kontraktor, perunding, pembekal, pelanggan bank dsb
  4. Orang awam.

Bank meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap pekerja dan mahu pekerja mengamalkan integriti di tempat kerja. Penwujudan polisi ini secara jelas menyokong nilai-nilai Teras, Kod Etika dan Tadbir Urus EXIM Bank.

  1. Memberi dan menerima rasuah, penipuan, penyelewengan atau ketidakjujuran;
  2. Kesalahan jenayah, konflik kepentingan;
  3. Salah guna kuasa terhadap dana dan aset;
  4. Salah nyata yang disengajakan secara langsung atau tidak langsung yang memberi kesan kepada penyata kewangan
  5. Melanggar mana-mana kewajipan undang-undang;
  6. Melanggar kawalan dalaman asas termasuk polisi dan prosedur;
  7. Tindakan yang boleh membahayakan orang lain;
  8. Tindakan yang boleh merosakkan harta, asset dan persekitaran;
  9. Menggunakan pengetahuan orang dalam untuk kepentingan sendiri;
  10. Memalsukan atau mengubah dokumen Bank, pelanggan, insitusi kewangan lain atau ejen bank.
  11. Membocorkan maklumat sulit tanpa kelulusan;
  12. Melanggar BNM/GP7 – Garis Panduan Tatakelakuan bagi Para Pengarah, Pegawai dan Pekerja dalam Industri Perbankan

Untuk membuat siasatan, pemberi maklumat perlu memberikan butiran dan informasi berkaitan laporan yang dibuat. Pemberi maklumat perlu memberi data peribadi (yang akan dirahsiakan):

  1. Nama; dan
  2. Nombor telefon – bimbit atau pejabat.
Maklumat tambahan yang perlu disertakan bagi membatu siasatan adalah:
  1. Butiran salah laku;
  2. Tarikh dan lokasi salah laku;
  3. Identiti pesalah laku;
  4. Butiran saksi, jika ada;
  5. Butiran atau dokumen yang berkenaan, jika ada;
  6. Butiran nilai kewangan yang terlibat; jika ada; dan
  7. Butiran lain yang boleh membantu siasatan.

Ya. Pihak yang terlibat yang akan menentukan jika siasatan lanjutnya patut dijalankan.

Anda boleh memberi maklumat dalam bentuk lisan atau tulisan.

  1. Untuk secara lisan, anda akan ditemu-ramah oleh Pegawai yang Bertanggungjawab (“DO”) dan Pegawai tersebut akan menulis laporan anda yang perlu anda sahkan dan tandatangan.
  2. Untuk secara bertulis, anda boleh hantarkan laporan anda ke:
    1. Whistleblowing Designated Officer
      Export-Import Bank of Malaysia Berhad
      P.O Box 10176
      Pejabat Pos Besar
      50706 Kuala Lumpur
      Atau
    2. E-mail dan sertakan dokumen yang berkenaan kepada whistleblower@exim.com.my
    3. Lengkapkan e-Borang yang disediakan dan klik ‘hantar’ yang akan disalurkan terus ke whistleblower@exim.com.my

Identiti anda hanya akan diketahui oleh DO untuk meneruskan proses siasatan. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan sehingga ke satu tahap yang munasabah melainkan jika ianya dikehendaki oleh undang-undang atau untuk tujuan apa-apa prosiding atau sisasatan oleh Pihak Bank. Sila ambil perhatian, bahawa ada masanya keterangan anda juga akan diperlukan untuk membuktikan kes ke atas pesalah laku. Dan sekiranya anda sendiri mendedahkan diri anda sebagai pemberi maklumat maka pihak Bank tidak lagi bertanggungjawab untuk merahsiakan identiti anda.

Memberi maklumat tanpa meletakkan identiti adalah dibenarkan jika pemberi maklumat menyertakan informasi dan dokumen yang meyokong laporan pemberi maklumat. Antara kekurangan pemberi maklumat tanpa identiti ialah anda tidak dapat mengetahui perkembangan laporan tersebut.

Anda perlu meletakkan fakta informasi secara spesifik supaya laporan anda boleh disiasat dengan selengkapnya seperti apakah salah laku yang dilakukan pihak yang terlibat dan tarikh salah laku tersebut.

Jika dakwaan yang akan dibuat melibatkan DO atau Lembaga Pengarah EXIM Bank, anda boleh menghantar laporan terus ke Pengerusi Lembaga Pengarah EXIM Bank.

Jika dakwaan yang ingin dibuat melibatkan Pengerusi Lembaga Pengarah EXIM Bank, anda boleh menghantar laporan anda terus ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui saluran yang sediakan seperti laman web, hotline, e-mel, aplikasi MACCmobile, surat menyurat, sms dan fax. Pemberi maklumat yang membuat laporan terus ke SPRM adalah dilindungi di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pemberi Maklumat 2010.

Tidak, tetapi penting untuk anda melaporkan salah laku secepat mungkin untuk mengelakkan pelupusan bahan bukti yang boleh menyebabkan pihak Bank tidak dapat meneruskan penyiasatan.

Siasatan awal akan dijalankan dan anda berkemungkinan akan dihubungi untuk ditemuramah. Siasatan awal akan menentukan jika siasatan selanjutnya patut dijalankan dan siapa yang patut menjalankan siasatan tersebut.

Dakwaan tidak akan disiasat jika:
  1. Ia melibatkan hal peribadi dan bukan salah laku profesional.
  2. Laporan tanpa identiti yang tidak mempunyai bukti. Bagaimanapun, siasatan awal masih akan dilakukan untuk laporan yang dihantar.

Anda boleh memberi sebanyak mana informasi dan fakta untuk membantu siasatan yang dijalankan. Bagaimanapun, anda tidak perlu menyediakan bahan bukti yang tidak dapat anda akses dan jangan lakukan siasatan sendiri. Anda perlu bersedia untuk ditemuramah dan menyediakan semua informasi yang berkenaan yang dakwaan salah laku tersebut.

Secara umumnya anda mempunyai hak untuk mengetahui hasil laporan anda dan hasil siasatan namun mungkin terdapat kekangan undang-undang untuk mendapatkan hasil laporan. Sila ambil perhatian bahawa sebarang tindakan yang diambil terhadap pekerja yang terlibat tidak akan dimaklumkan atas dasar sulit dan peribadi.

Jika anda mendedahkan identiti anda, Bank tidak lagi bertanggungjawab untuk merahsiakan identiti anda. Untuk melindungi kerahsiaan identiti anda dan kerahsiaan penyiasatan, anda disarankan untuk tidak membincangkan perkara itu dengan sesiapa sahaja kecuali dengan DO.

EXIM Bank reserves the right to amend this policy from time to time.

Borang Pelaporan Pemberi Maklumat

Sila luangkan masa untuk membaca dan memahami Polisi Pemberi Maklumat dan Soalan Lazim kami sebelum menyerahkan pendedahan anda.

(*) Menandakan medan wajib

Ikut kami

Laman web ini responsif mudah alih dan terbaik dilihat dalam Google Chrome dan Safari.

Maklumat Terkini

Kisah Kejayaan

Takaful & Insurans Kredit