Majlis Penyampaian Bantuan Zakat EXIM Bank Anjuran Abim Negeri Sembilan

5 Mac 2016

REMBAU, SABTU (5 Mac 2016) – ABIM Negeri Sembilan telah dipilih untuk menerima sebahagian daripada wang zakat EXIM Bank bagi tahun 2015 untuk dibuat agihan kepada golongan asnaf. Pihak pengurusan ABIM Negeri Sembilan dengan kerjasama EXIM Bank telah membuat saringan dan mengagihkan sejumlah RM64,000 kepada 80 orang penerima yang layak.

Kesemua asnaf telah menerima sumbangan zakat berbentuk wang tunai dan peralatan persekolahan. EXIM Bank diwakili oleh Encik Zulkiply Md Yunos dan Puan Nurhidayu Abdul Latif telah menyampaikan sumbangan pada acara yang berlangsung di Kg. Durian Daun, daerah Rembau, Negeri Sembilan.

  • line-element
    Kenyataan Akhbar Lain

EXIM Bank Malaysia Strengthens Strategic Ties at Uzbekistan’s Foreign Investors Council

Majlis Penyerahan Zakat EXIM Bank Di Masjid Al Syakirin, Ppr Gombak, Selangor

Dato’ Azman Mahmud Appointed As Chairman of EXIM Bank Malaysia