Media Coverage

Mempercepatkan proses menggubal Akta Pendanaan Politik

4 October 2023

Previous slide
Next slide

Kota Kinabalu, 4 Oktober 2023 – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Kerajaan hari ini mempercepatkan proses untuk menggubal Rang Undang-Undang Pendanaan Politik bagi menjamin ketelusan dan meningkatkan kepercayaan awam terhadap ahli politik.

Ahli Parlimen Bera itu berkata, proses untuk merangka undang-undang tersebut telah bermula ketika beliau menerajui Keraiaan sebelum ini.

Katanya, Akta Pendanaan Politik amat penting bagi membolehkan parti politik mengumpul dana secara sah dengan setiap sumbangan diisytiharkan dan tidak dianggap sebagai satu kesalahan jenayah.

“Isu dana politik in penting. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat untuk bertanding, mereka mengumpul dana bagi membantu parti mereka bertanding tetapi di Malaysia agak sukar sebab kita tidak ada akta untuk mengumpul dana.

“Agak membahayakan kepada parti politik pada sekarang ini. Parti politik tidak boleh berniaga, tidak boleh ada anak syarikat. Kalau tidak boleh berniaga mana parti hendak dapat duit.”

“Kalau UMNO, (kutip) RM1 seorang (ahli) untuk sekali seumur hidup. Dengan RM1 macam mana UMNO ada dana untuk membantu parti bergerak dan menempuh pilihan raya, jadi tentu perlu mendapat sumbangan daripada mana-mana pihak, katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucaptama dan merasmikan Persidangan Integriti dan Tatakelola Kebangsaan 2023 Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi ADFIM, Izwan Zainuddin yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Usahawan Nasional Berhad; Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank, Arshad Mohamad Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Credit Corporation, George Taitim Tulas.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik cadangan Kerajaan untuk memperkenalkan Aka Tatakelola Sektor Awam dan Pelan Integriti sebagai panduan tatakelola bebas rasuah kepada semua entiti baik dalam sektor awam mahupun swasta.

“Saya juga menyambut baik komitmen Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan Pelan Integriti Nasional dan memperkenalkan Aka Tatakelola Sektor Awam sebagai panduan urus tadbir bebas rasuah kepada semua entiti baik dalam sektor awam mahupun swasta.

“Kalau boleh semua tadi (Akta Pendanaan Politik dan Akta Tatakelola Sektor Awam), kita minta (kerajaan) percepatkan, sekarang banyak benda tidak ada dalam akta, katanya.

Sementara itu ketika berucap, beliau mencadangkan supaya sebuah badan pengawasan bebas ditubuhkan dan diberi kuasa untuk melaksanakan audit dan semakan berkala terhadap tingkah laku pegawai awam khususnya ahli politik, memastikan mereka mematuhi standard yang telah dipersetujui dan diterima umum.

“Badan ini dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai watak yang tidak tercalar dan kelayakan yang tidak dapat dipertikaikan. Mereka juga harus mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan pembetulan, termasuk mengesyorkan tindakan disiplin, dalam kes di mana standard ini dilanggar,” katanya. – utusantimur.com

  • line-element
    Other Media Coverage

Former MIDA CEO Azman Mahmud Appointed As EXIM Bank Chairman

EXIM Bank appoints Arshad Mohamed Ismail as President / Chief Executive Officer

EXIM Bank To Assist Entrepreneurs Explore Business In TPPA Countries – The Borneo Post

Follow Us

This website is mobile responsive and best viewed in Google Chrome and Safari.

Latest Update

Success Stories

Credit Takaful & Insurance