Kuala Lumpur: 26 Oktober 2026 – Export-Import Bank of Malaysia Berhad (“EXIM Bank”), anak syarikat Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (“Kumpulan BPMB”), akan memperkukuh keupayaan perusahaan tempatan untuk bersaing di pasaran antarabangsa dan mengamalkan amalan mampan menerusi inisiatif strategik berjumlah lebih RM1 bilion yang diamanatkan oleh pihak Kerajaan di bawah Belanjawan 2027.
Datuk Nurbayu Kasim Chang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank, berkata, Daya saing perdagangan Malaysia di peringkat global bergantung pada keupayaan perusahaan untuk mengembangkan skala perniagaan, mempelbagaikan pasaran dan melabur secara mampan. Peruntukan berjumlah lebih RM1 bilion yang diamanatkan kepada EXIM Bank di bawah Belanjawan 2027 akan menyokong usaha ini melalui pembiayaan dan perlindungan kredit eksport. Kepakaran khusus kami akan membantu memperluas perniagaan ke pasaran antarabangsa, sekali gus menyumbang kepada mandat Kumpulan BPMB yang lebih luas, iaitu pelaksanaan inisiatif strategik bernilai lebih RM7 bilion yang diamanatkan oleh pihak Kerajaan.”
“Sebagai agensi kredit eksport rasmi Malaysia, EXIM Bank menyediakan pembiayaan perdagangan, insurans kredit eksport dan penyelesaian pembiayaan yang memperkukuh keupayaan, daya saing dan daya tahan pengeksport serta pelabur Malaysia, di samping menyokong mandat perdagangan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (“MITI”) yang lebih luas. Sebagai sebahagian daripada Kumpulan BPMB, kami akan menggabungkan keupayaan ini bagi menyokong pertumbuhan domestik dan pengembangan perniagaan ke pasaran antarabangsa, dengan mengutamakan impak pembangunan yang boleh diukur, nilai tambah pembiayaan serta pelaksanaan yang berkesan di bawah Rangka Kerja Pengukuran Prestasi Bank Negara Malaysia (“PMF”).
Pendekatan bersepadu ini menyokong penekanan terhadap produktiviti, kemampanan dan reformasi ekonomi dalam peruntukan keseluruhan Belanjawan 2027 yang berjumlah kira-kira RM510 bilion, selaras dengan kerangka ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (“RMK13”),” tambah beliau.
Memperkukuh Keupayaan dan Memperluas Pasaran Eksport
Inisiatif eksport EXIM Bank akan membantu perusahaan memperkukuh keupayaan, meneroka peluang di luar negara dan mengurus risiko perdagangan antarabangsa.
Program Pemacuan dan Pertumbuhan Tempatan (RM300 juta) akan menyediakan pembiayaan mampu milik bagi membantu pengilang, penyedia perkhidmatan dan vendor tempatan meningkatkan kapasiti, menambah baik produktiviti serta memperkukuh daya saing. Dengan menyokong penyertaan mereka dalam rantaian nilai dan bekalan syarikat multinasional (“MNC”) serta syarikat korporat tempatan terkemuka, termasuk dalam sektor strategik di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu (“NIMP”) 2030, program ini akan memperkukuh keupayaan perniagaan domestik dan memudahkan integrasi yang lebih mendalam ke dalam rangkaian serantau dan global.
Selaras dengan pendekatan ini, Skim Eksport Lonjakan (RM500 juta) akan membantu para usahawan dan pengeksport Malaysia membangunkan keupayaan serta kemahiran untuk memasuki pasaran antarabangsa baharu atau memperluas jangkauan pasaran mereka, termasuklah ke pasaran baharu serta pasaran yang kurang diterokai. Skim ini turut membantu perusahaan menangani persaingan yang semakin sengit dan peningkatan kos dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik global.
Bagi menyokong peluasan pasaran, Malaysia Global Connect (“MGC”) GoExport Cover (geran RM5 juta) akan menyediakan perlindungan kepada bakal pengeksport dan pengeksport sedia ada daripada risiko perdagangan komersial di pasaran baharu serta pasaran yang kurang diterokai, sekali gus membolehkan mereka meneroka peluang di luar negara dengan lebih keyakinan.
Membiayai Inisiatif Perniagaan Rendah Karbon
Seiring dengan pembangunan eksport, EXIM Bank akan menyokong peralihan perusahaan Malaysia ke arah operasi yang lebih mampan menerusi Dana Kelestarian Alam 2.0 (RM400 juta). Program ini akan membiayai inisiatif rendah karbon bagi membantu perniagaan menerapkan kemampanan dalam pelaburan dan operasi mereka, di samping memajukan matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus (“ESG”) Malaysia menerusi pembiayaan pembangunan yang bertanggungjawab.
Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, layari www.exim.com.my.
About Export-Import Bank of Malaysia Berhad (“EXIM Bank”)
EXIM Bank is Malaysia’s official export credit agency and a subsidiary of Bank Pembangunan Malaysia Berhad (“BPMB”) Group. The Bank provides trade finance, export credit insurance and financing solutions to support Malaysian exporters and investors venturing into international markets. EXIM Bank is committed to advancing Malaysia’s economic growth, sustainability agenda and ESG objectives through responsible development finance.
As of 1 May 2025, EXIM Bank became a subsidiary of Bank Pembangunan Malaysia Berhad Group (“BPMB Group”).
For more information, please visit www.exim.com.my/
Issued by:
BPMB Group Strategic Communication
Head office of EXIM Bank
Level 1,Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Mohd Nasrulhanis Ruslan
Acting Head, Strategic Communication
BPMB Group
Email: communications@bpmb.com.my