Lebih RM2 juta telah disalurkan bagi memperkasa lebih 500 penerima manfaat menerusi Inisiatif Mawaddah EXIM Bank sepanjang tiga tahun yang lalu
Kuala Lumpur: 6 Julai 2026 – Export-Import Bank of Malaysia Berhad (“EXIM Bank”), anak syarikat kepada Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (“BPMB”), telah menyalurkan lebih RM2 juta menerusi Inisiatif Mawaddah sepanjang tiga tahun yang lalu, sekali gus memperkasa lebih 500 penerima manfaat di seluruh negara melalui program keusahawanan, bantuan kewangan dan pembangunan komuniti. Berteraskan prinsip “Serving with Faith, Giving with Purpose”, Inisiatif Mawaddah terus memajukan pembangunan sosioekonomi yang inklusif. Bagi meneruskan usaha tersebut, EXIM Bank dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (“MFD”) telah bekerjasama untuk menganjurkan Karnival Keusahawan yang berlangsung dari 1 hingga 3 Julai 2026 di ibu pejabat EXIM Bank, menzahirkan sebuah komitmen kebersamaan dalam memperkasa usahawan dan memperluas peluang kepada komuniti yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan.
Datuk Nurbayu Kasim Chang, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EXIM Bank, berkata, “Kami percaya pertumbuhan ekonomi yang inklusif bermula dengan menyediakan peluang kepada setiap lapisan masyarakat. Melalui Inisiatif Mawaddah serta kerjasama kami bersama MFD, kami memperkasa usahawan yang memerlukan untuk membina perniagaan yang mampan serta memacu pembangunan ekonomi Malaysia. Sebagai platform Kewangan Sosial Islam EXIM Bank, Inisiatif Mawaddah akan terus memperkukuh kerjasama strategik yang menjana impak pembangunan yang nyata, berpandukan prinsip Value Based Intermediation serta selaras dengan Performance Measurement Framework Bank Negara Malaysia.”
Memacu Pembangunan Inklusif Melalui Mawaddah
Karnival Keusahawanan ini merupakan kesinambungan berasaskan daripada Inisiatif Mawaddah, platform Kewangan Sosial Islam EXIM Bank yang berperanan dalam memperkasa pembangunan mampan dan inklusif melalui keusahawanan, pendidikan, penjagaan kesihatan, bantuan kemanusiaan serta kerjasama strategik. Sejak tahun 2023, inisiatif ini telah dilaksanakan lebih 10 program dan kerjasama strategik, memberi manfaat kepada lebih 500 individu di seluruh negara melalui pembangunan keusahawanan, bantuan kewangan, jangkauan komuniti serta kewangan sosial Islam.
Inisiatif utama merangkumi pembangunan keusahawanan bagi komuniti Pekak melalui kerjasama dengan MFD, pembangunan ekosistem Halal bersama Perbadanan Pembangunan Halal (“HDC”), pemerkasaan ekonomi penternakan ayam bersama MyFundAction, serta program literasi kewangan Islam yang dilaksanakan dengan Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (“IBFIM”), Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (“KITAB”). Inisiatif ini turut merangkumi bantuan pendidikan, sumbangan kesihatan serta pelbagai program kemanusiaan.
Antara inisiatif komuniti terkini, EXIM Bank telah menyertai Program Santunan Kasih di Pusat Jagaan Mahmudah, Semenyih dan Pusat Jagaan Nur Hasanah, Beranang anjuran oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (“MITI”) bersama agensi-agensinya, dengan kerjasama PUSPANITA Cawangan MITI serta Skuad Ihsan MADANI MITI. EXIM Bank turut melaksanakan Program Ihsan Banking Journey ke Royal Belum, Gerik, Perak, yang melibatkan sekitar 80 orang kakitangan dalam aktiviti libat urus bersama keluarga Orang Asli melalui program jangkauan komuniti serta agihan bantuan keperluan asas.
Di samping itu, Mawaddah turut menyokong pelaksanaan program kewangan sosial Islam secara kolaboratif di bawah Kumpulan BPMB, termasuk program SME Bank iTEKAD ISHRAF
4.0. Bagi tempoh 2025 hingga 2026, program ini memberi manfaat kepada kira-kira 420 usahawan asnaf di seluruh negara melalui pembiayaan berjumlah RM9 juta, yang merangkumi geran padanan daripada Bank Negara Malaysia di bawah iTEKAD serta sumbangan “crowd-in” daripada BPMB, EXIM Bank dan rakan-rakan strategik lain. Centre for Entrepreneur Development and Research (“CEDAR”) SME Bank berperanan sebagai jurulatih perniagaan program, menyediakan latihan dalam bidang pemasaran, pendigitalan, pengurusan kewangan serta operasi perniagaan.
Karnival Keusahawanan ini menampilkan sekitar 10 reruai yang mempamerkan perniagaan yang dikendalikan oleh usahawan komuniti Pekak dalam sektor makanan dan minuman, peruncitan, produk kraftangan serta kecantikan. Dengan kehadiran lebih 400 pengunjung, sekali gus memberikan pendedahan pasaran yang lebih meluas kepada para usahawan, selain peluang membina rangkaian serta pendedahan kepada bakal pelanggan. Acara ini turut dihadiri oleh pengurusan kanan EXIM Bank, ahli Jawatankuasa Mawaddah, wakil MFD, rakan strategik serta pihak berkepentingan lain, mencerminkan komitmen bersama dalam memperkasa keusahawanan inklusif dan pembangunan sosioekonomi.
Tentang Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank)
EXIM Bank merupakan agensi kredit eksport rasmi Malaysia dan anak syarikat kepada Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB). Bank ini menyediakan kemudahan pembiayaan perdagangan, insurans kredit eksport serta penyelesaian pembiayaan bagi menyokong pengeksport dan pelabur Malaysia yang meneroka pasaran antarabangsa. EXIM Bank komited dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara, agenda kelestarian dan aspirasi ESG melalui pembiayaan pembangunan yang bertanggungjawab.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.eximbank.com.my.
Dikeluarkan oleh:
Kumpulan Komunikasi Strategik BPMB
Ibu Pejabat EXIM Bank
Aras 1, Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Arnee Ismail
Ketua Komunikasi Strategik
Kumpulan BPMB
No. Telefon Pejabat: +603 2603 7700
Emel: arnee.ismail@smebank.com.my