Ruang Media

Malam Wartawan Malaysia 2022: 45 Agensi Korporat, Kerajaan Hulur Sumbangan

2 Jun 2022

Previous slide
Next slide

Kuala Lumpur: Sebanyak 45 agensi korporat, kerajaan dan organisasi tampil menghulurkan sumbangan tajaan berjumlah RM394,500 bagi menjayakan Malam Wartawan Malaysia (MWM) 2022 yang bakal berlangsung pada 24 Jun ini.

Pengerusi Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Dr Chamil Wariya, berkata sebanyak RM300,000 tajaan diterima daripada PETRONAS selaku penaja utama hadiah wang tunai kepada pemenang Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI PETRONAS sejak 1994.

Katanya, sumbangan lain yang diterima berbentuk pembelian meja masing-masing bernilai RM10,000 dan RM7,500 oleh 27 organisasi, selain sumbangan berbentuk kewangan, sebahagian besarnya oleh beberapa kerajaan negeri berjumlah RM40,500.

“Tiga organisasi mengekalkan penajaan bernilai RM20,000 iaitu Tenaga Nasional Malaysia (TNB), EXIM Bank (M) dan DEB HICOM Berhad manakala RM15,000 sumbangan daripada Tourism Malaysia.

“Lapan organisasi media turut tampil menghulurkan sumbangan masing-masing, menjadikan jumlah entiti korporat, agensi kerajaan dan media yang mendokong Malam Wartawan Malaysia sebanyak 45 organisasi,” katanya pada Majlis Meraikan Penaja dan Penyumbang MWM 2022, semalam.

Majlis dihadiri seramai 91 tetamu mewakili 31 organisasi korporat dan kerajaan. Chamil Wariya berkata, secara keseluruhan, sebanyak 350 penyertaan diterima bagi HKM MPI PETRONAS 2021.

Katanya, bagi HKM 2020, seramai 228 peserta mengambil bahagian, menunjukkan peningkatan sebanyak 122 penyertaan atau 35 peratus untuk HKM 2021.

“Sebanyak 43 pertubuhan berita dan media mengemukakan penyertaan dan pemenang bagi 17 kategori yang dipertandingkan akan diumum pada Malam Wartawan Malaysia 2022,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/

  • line-element
    Ruang Media Lain

EXIM Bank To Assist Entrepreneurs Explore TPP Countries – The Malaysian Reserve

Malaysia-international HR Awards

EXIM Bank appoints Arshad Mohamed Ismail as President / Chief Executive Officer

Ikut kami

Laman web ini responsif mudah alih dan terbaik dilihat dalam Google Chrome dan Safari.

Maklumat Terkini

Kisah Kejayaan

Takaful & Insurans Kredit